Pelakon yang kini bergelar pengarah, Liyana Jasmay mendedahkan dirinya sangat menyukai kerjaya sebagai seorang sutradara filem.
Biarpun sudah jatuh cinta dengan bidang pengarahan, Liyana tidak mahu meninggalkan bidang lakonan.
Menurut penyanyi lagu Cinta Bersatu ini, dia tidak mahu mensia-siakan bakatnya dalam lakonan kerana bidang itulah yang menaikkan namanya dalam industri hiburan tempatan.
"Ya, saya sudah mula bergelar pengarah filem, Alhamdulillah, saya sangat suka dengan kerja-kerja belakang tabir ini.
"Namun pada masa yang sama, saya tidak akan tinggalkan bidang lakonan, saya takkan sia-siakan bakat saya.
"Saya akan mengarah dan berlakon pada masa yang sama, saya boleh berlakon dalam filem arahan saya sendiri," ujarnya.
Liyana berkata demikian ketika ditemui di Pra-tonton Khas Media Filem Bella & Jamie arahan dan lakonannya bertempat di GSC Pavilion petang semalam.
Antara barisan pelakon yang turut membintangi filem itu adalah Cik Puan Juliana Evans, Dynas Mokhtar dan Izzue Islam, ia bakal ditayangkan di pawagam bermula 31 Januari ini.