Laman Utama
Kisah Syu, Pengasas Produk Kosmetik Yang Berniaga Dari Rumah Hingga Miliki Bangunan Sendiri Harga 7 Angka
Setiap kesusahan dan pergelutan hidup umpama cerminan untuk membakar semangat menjadi lebih baik daripada sebelumnya sekali gus menaikkan taraf hidup.
Namun, semua itu takkan menjadi pasti tanpa usaha, kesungguhan, doa dan niat. Kisah pemilik empayar perniagaan kosmetik Sobella, Wan Nur Syuhada Wan Norzie ini juga cukup menginspirasikan.
Malah paling membanggakan apabila melihat skuad di bawah pemantauannya menjana pendapatan dan mampu mengubah taraf ekonomi serta kehidupan. Bahkan paling membanggakan turut bergelar jutawan.
"Top Leader Sobella, Nurul Huda Johar atau Dada Hunyai sendiri pernah menyandang gelaran itu lima tahun berturut turut sejak 2017. Dia (Dada Hunyai) mencatat jualan sebanyak 5 juta pada musim pandemik tahun lalu.
"Pengakhiran indah, rumah impian berjaya dibinanya dengan hasil ganjaran tunai dan keuntungan jualan produk Sobella. Setakat ini di bawah pasukannya saja ada 1,000 orang yang terus menjadikan perniagaan saya sebagai punca rezeki dan pendapatan.
Tukang jahit
"Paling mengagumkan saya, dia asalnya hanyalah seorang tukang jahit. Bagaimana kerja kuat dan iltizamnya membuahkan hasil. Malah mampu mengubah taraf ekonomi dan kehidupan," katanya.
Wan Nur Syuhada atau lebih mesra dengan nama Syu berkata demikian ketika meraikan tulang belakang empayar perniagaannya menerusi majlis Victory & Glory Appreciation Day berlangsung pada 31 Januari lalu di GlassHouse, Seputeh.
Selepas hampir enam tahun mengukuhkan legasi perniagaannya, Syu berjaya menarik ramai kaum hawa menjana pendapatan.
"Hati saya seronok dan tersentuh kerana kerja kuat dan semangat mereka membuahkan hasil. Ketika itu pantas fikiran saya menerawang ke zaman lalu kerana saya sendiri melalui kesukaran dalam hidup.
"Tak ketinggalan, tiga lagi leader Sobella juga berjaya mendapatkan kereta idaman masing masing juga daripada hasil ganjaran tunai dan keuntungan jualan produk jenama saya. Mereka ialah Sue Zarra, Golly Sandra, Naniey Farra
"Antara kereta yang diserahkan kepada pemiliknya termasuk Mercedez AMG45, Mustang dan Range Rover Vouge," katanya.
Bangunan sendiri
Syu sendiri berkata, perniagaannya itu asal hanya bermula dari rumah. Namun kini sudah memiliki bangunan perniagaan sendiri dengan harga tujuh angka.
Syu menjadikan pengguna setia Sobella dan Sobella Squad sebagai faktor pendorong untuk dia bergiat lebih jauh dan tinggi dalam bidang perniagaan ini.
Apa yang lebih utama kepadanya ialah misi untuk terus memperkasakan golongan wanita menerusi rangkaian perniagaanya takkan berakhir.
"Hingga kini, sudah lebih 30,000 agen direkrut di bawah Sobella Squad. Melihat angka itu bertambah saban hari, buat saya terus bersemangat untuk merancakkan cabang perniagaan.
"Bayangkan daripada awalan angka itu hanya puluhan , meningkat ke ratusan hingga puluh ribuan. Saya juga mahu terus melahirkan jutawan dengan menjual produk 'lipmatte' dan mensasarkan jualan lebih tinggi tahun ini.
"Khususnya menerusi produk terbaru keluaran dipanggil Soul Matte Edition yang menggunakan konsep duo 'lipmatte' yang akan dipasarkan 9 Februari ini," ujarnya.
Kata Syu lagi, jenamanya menjadi produk lokal pertama yang mengamalkan konsep edisi terhad dalam pengeluaran lipmatte.
"Konsep terhad atau 'limited' ini belum diamalkan jenama lain. Jadi secara tak langsung konsep ini buatkan pelanggan rasa istimewa dan eksklusif.
"Setiap kuantiti produk dikeluarkan juga dijaga dengan mengamalkan 'exclusivity brand'. Pendek kata, siapa lambat mendapatkan produk, maka akan gigit jarilah.
"Selepas hampir lapan bulan tiada produk 'killer', harapnya produk Soul Matte Edition yang akan dilancarkan beberapa hari lagi dengan formula dan wajah baru akan terus menjadi rebutan. Boleh tekan pautan
https://linktr.ee/WNSyuhada untuk maklumat lanjut," katanya.
Must-Watch Video