Baru sahaja ditayangkan 1 Mei lalu, drama adaptasi novel Bercakap Dengan Jun karya Hasrul Rizwan mungkin membuat ramai penonton tertanya-tanya kisah disebalik drama tersebut.

Jadi bagi yang masih tertanya-tanya, berikut merupakan fakta menarik tentang drama Bercakap Dengan Jun:

1) Menceritakan tentang seorang penyeluk saku



Jun merupakan seorang penyeluk saku. Membesar di rumah anak yatim, Jun mempunyai trauma dengan zaman kanak-kanaknya. Keluar dari rumah anak yatim di umur 15 tahun, Jun melangsungkan hidup dengan menjalankan aktiviti menyeluk saku.

2) Drama Astro pertama gunakan haiwan sebagai karakter



Tidak hanya terdiri daripada karakter-karakter biasa, Bercakap Dengan Jun mengetengahkan haiwan iaitu seekor anjing untuk memainkan peranan dalam drama.

3) Jalan cerita yang tidak cliché



Menceritakan kisah hidup tentang seorang penyeluk saku, Bercakap Dengan Jun memfokuskan jalan cerita dari sudut yang pelbagai seperti persahabatan, kasih sayang dan cinta.

4) Tunjukkan sisi perubahan karakter Jun



Jun seorang pencuri yang mementingkan diri berubah sedikit demi sedikit selepas dirinya membantu seorang gadis melahirkan anak. Susulan itu, rasa tanggungjawab mula timbul dalam diri Jun dan aktiviti menyeluk sakunya semakin terbatas.

5) Adaptasi dari novel FIXI laris



Drama Bercakap Dengan Jun merupakan adaptasi daripada novel yang diterbitkan pada tahun 2013.

Sinopsis Bercakap Dengan Jun

Jun, seorang yang cerdik pandai tetapi tidak bernasib baik dalam kehidupan, pada mulanya menjalani kehidupan yang aman bersendirian di kawasan perumahan terbiar bersama anjing liar, Saigon, dan hanya keluar untuk menyeluk saku. Di mana dia tinggal, dia berkawan dengan Naurah, seorang tukang roti dan di bandar dia berkawan dengan Lily, seorang pelajar perubatan.

Semasa menyeluk saku, dia sentiasa mendapat tentangan dengan sindiket pencuri tempatan.

Suatu hari, Jun terpaksa membantu seorang wanita misteri melahirkan bayi, dan kemudian terpaksa menjaga bayi ituapabila wanita itu hilang. Menjaga bayi menyebabkan aktiviti penyeluk sakunya terbatas, dan dia sentiasa perlu mencari cara untuk menjadi lebih baik.

Seiring berjalannya cerita, selepas banyak ujian dan kesukaran, dia semakin menyayangi bayi itu lebih daripada nyawanya sendiri. Jun akhirnya berhadapan dengan realiti bahawa ada orang jahat ingin membunuhnya, dan ada juga orang yang ingin mengambil bayi itu daripadanya. Akan tiba masanya apabila dia perlu melakukan pengorbanan muktamad agar bayi itu selamat selamanya.

Saksikan drama Bercakap Dengan Jun setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9 malam di Astro Ria saluran (104) dan platform strim di Astro GO atau Sooka.

Bercakap Dengan Jun dibintangi oleh Dini Schatzmann, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Kahoe Hon dan ramai lagi.