Penyanyi Liza Hanim memberitahu dia tidak akan mengambil tindakan terhadap individu yang menghina rupa parasnya di media sosial tempoh hari.

Liza berkata, dia sudah pun memberikan respons terhadap isu tersebut dan menganggap mesej yang ingin disampaikan melekat pada si pencetus onar dan juga orang ramai.

“Tidak, saya cakap sekali sudah. Dia (individu yang mengutuk rupa paras Liza) dah goyang sebenarnya. Jadi, cukuplah cakap sekali sahaja dan dia ambil iktibar.

“Saya dah kena benda ni sejak mula-mula bergelar penyanyi sekitar 20 tahun lalu. Alhamdulillah, saya dididik dan dibesarkan dalam keluarga yang cukup dengan kasih sayang, yang sokong antara satu dengan lain.

“Walaupun saya tahu dalam standard manusia, saya tidak mempunyai look beauty queen, dan kita bukannya nak masuk ratu cantik… saya rasa apa yang saya ada ini cukup. Alhamdulillah,” katanya kepada Gempak.

Liza Hanim mengulas mengenai kata-kata kurang enak mengenai kulit dan hidungnya yang diterima menerusi Instagram minggu lalu.

Dalam pada itu, Liza turut menambah, ada segelintir dalam kalangan netizen dilihat tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang ditulis di media sosial.

“Macam saya, saya positif. Saya tolak sahaja. Namun, bayangkan kalau orang yang terkena itu mempunyai masalah kesihatan mental yang seterusnya trigger anoreksia, self-harming atau suicidal. Bayangkan kalau perkara yang berlaku pada saya berlaku pada mereka?

“Jadi, saya rasa saya berada di posisi dan usia yang sesuai untuk bercakap tentang hal ini supaya jangan menghakimi orang berdasarkan paras rupa. Hakimi artis berdasarkan bakat.

“Jangan jadi manusia tidak bertanggungjawab yang kalau sudah cakap sesuatu kemudian menyorok di belakang,” katanya lagi.

Liza tersenarai antara enam bintang hot seat All Stars Gegar Vaganza bersama Zamani, Ezad Lazim, Suki Low, Nikki Palikat dan Tomok.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein dan diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

BACA: Dikutuk Hidung Kembang, Kulit Wajah Berlubang, Liza Hanim; "Yer, Akak Sedar... Orang Tak Cantik Tak Boleh...​

BACA: Siti Nurhaliza Back Up Liza Hanim, Sekolahkan Netizen! - "Peribadi Tak Baik, Hati Hitam"​