Laman Utama

“Kita Dah Bayar Semuanya”- Kerana Lockdown, Kamal Adli & Uqasha Tangguh Kahwin

gempak
Gempak
14/06/2021
03:38 MYT
Sponsor Banner
“Kita Dah Bayar Semuanya”- Kerana Lockdown, Kamal Adli & Uqasha Tangguh Kahwin
Aktor Kamal Adli memaklumkan dia terpaksa menanguhkan perancangan perkahwinannya bersama pelakon Uqasha Senrose yang sepatutnya dijadualkan pada minggu hadapan.
Menurut Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, memberitahu mereka sudah merancang untuk mengadakan majlis akad nikah dan resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka.
“Buat waktu sekarang, kita tangguh dahulu (perkahwinan) kerana tak mahu nanti ada isu-isu berbangkit. Kita hormat lockdown, bila dah dibenarkan merentas negeri (yang saya pun tak tahu bila), kita akan kahwin seperti yang dirancang.
“Sebab apa? Sebab, kita dah bayar semuanya. Memang tak boleh pull out (tarik balik) duit. Seperkara lagi, saya nak majlis kahwin kami menjadi satu peristiwa yang saya dan isteri akan kenang sampai ke akhir hayat.
“Tak naklah nikah online ke apa atau yang boleh datang 40-30 orang. Apa yang nak dikenang nanti. Pada waktu sama, kita hormat lockdown dan tunggu kes Covid-19 negara reda,” katanya kepada Kosmo! Online.
Bagaimanapun, jelas bekas Hero Remaja 2007/2008 itu, semuanya perancangan bergantung kepada keadaan pandemik Covid-19 negara. Kalau masih tidak surut-surut lagi kes positif, dia bakal isteri akan laksanakan apa wajib terlebih dahulu.
Tambah Kamal yang kini muncul dengan siri original Black musim 2, buat masa sekarang, majlis pernikahannya belum ada tarikh spesifik, namun tidak menolak untuk melangsungkan apa yang wajib seandainya lockdown mengambil masa yang panjang.
“Kita hold (tangguh) dulu tengok macam mana situasi Covid-19 negara. Kita hormat kesusahan orang lain sebab macam saya cakap tadi, tak nak orang cakap artis kayanganlah atau benda-benda macam itu.
“Kalau lockdown ini berlanjutan panjang sangat, saya mungkin akan memilih buat apa yang wajib dahulu iaitu bernikah. Sekarang ini, kita tangguh dulu dan tengok macam mana keadaan,” ujarnya.
Terdahulu, Kamal Adli dan Uqasha, 29, mengesahkan bakal diijabkabulkan namun enggan mendedahkan tarikh pernikahan mereka sekitar Mac lalu.
Mereka mendedahkan, bakal mengadakan majlis akad nikah dan tiga majlis resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka namun terpaksa menangguhkan hasrat itu sebabkan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.
Sumber: Kosmo! Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024