Hiburan

Artis & Pendakwah Bersatu Tunjuk Sokongan Untuk Palestin Melalui Malaysia4Palestine

gempak
Firdaus
26/05/2024
03:45 MYT
Sponsor Banner
Artis & Pendakwah Bersatu Tunjuk Sokongan Untuk Palestin Melalui Malaysia4Palestine
Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad mengharapkan agar berlaku gencatan senjata di Palestin kerana tidak mampu melihat kesengsaraan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat-rakyat di negara itu.

Berharap Agar Gencatan Senjata Berlaku

“Sebagai orang Islam semestinya kita mengharapkan gencatan senjata berlaku. Sebab kita manusia, bila kita tengok kekejaman yang sedang berlaku ini saya sebagai seorang ayah yang ada anak dan berkeluarga memang sangat terkesan dengan keadaan sekarang ni.

"Berharap ada gencatan senjata supaya orang di sana ada peluang dan ruang untuk bernafas...

Sama seperti manusia lain, Nabil berpendapat bahawa kekejaman yang berlaku di negara Asia Barat itu terlalu teruk dan perlu dihentikan segera.
“Kita nampak satu keadaan yang sangat teruk dan saya hanya berharap ada gencatan senjata supaya orang di sana ada peluang dan ruang untuk bernafas,” katanya.

Man Bai Sebak

Manakala penyanyi lagu Kau Ilhamku, Man Bai tidak dapat menahan sebak mengenangkan pergolakan yang berlaku di Palestin.
“Saya speechless…saya sedih. Tak sepatutnya berlaku perkara ini, tapi di dalam Al-Quran dah tertulis semuanya. Sebab saya tak boleh tengok anak-anak kecil dibunuh.
“Itu adalah rancangan Israel, membunuh anak-anak kecil kerana mereka (Israel) takut kanak-kanak tersebut bakal menjadi generasi seterusnya yang menghalau mereka dari tanah kepunyaan Palestin. Israel memang kejam dan tidak berperikemanusiaan!” getusnya.

PU Amin Yakin Israel Akan Tewas!

Dalam pada itu, pendakwah selebriti iaitu Pencetus Ummah (PU) Amin yakin bahawa keganasan yang dilakukan oleh Zionis tidak akan kekal lama kerana solidariti orang ramai terhadap Palestin.
“Kita tahu sesiapa sahaja yang memulakan keganasan, kezaliman, mereka (Israel) tak akan menang sampai bila-bila. Mungkin menang dari sudut luaran, tetapi hati mereka remuk sebab sehingga sekarang dah 233 hari mereka tak dapat apa-apa kemenangan yang mereka mahukan.
“Mereka hanya lebih gian untuk buat perkara yang tak betul jadi akhirnya mereka dah kalah daripada awal. Jadi harapan kita kepada semua, jangan mengalah, terus bergerak untuk mempertahankan, bersolidariti dan bekerjasama untuk Palestin kerana ini ialah saham akhirat kita.
"Mungkin sedikit yang kita buat, tapi dapat membantu jutaan mereka yang berada di sana, InsyaAllah,” ujarnya.

Malaysia4Palestine

Malaysia4Palestine merupakan saluran sementara selama 24 jam yang didedikasi untuk mengetengahkan krisis kemanusiaan di Palestin.

BERITA TRENDING: Solidariti Artis Untuk Program Malaysia4Palestin

Saluran ini akan disediakan bermula 12 tengah hari, Sabtu, 25 Mei 2024 hingga 12 tengah hari, Ahad, 26 Mei 2024 di Astro saluran 111, Astro GO dan sooka, juga di Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Klik, tanpa caj tambahan.
Kerjasama yang julung kali dilakukan ini menghimpunkan bakat, pempengaruh, pemain industri dan pekerja kemanusiaan dalam bersama-sama memupuk kesedaran tentang perjuangan rakyat Palestin.
Saluran Malaysia4Palestine akan menampilkan temubual, persembahan khas dan dokumentari dalam mengetengahkan nasib rakyat Palestin.
Sebagai tambahan, saluran ini memberi peluang kepada penonton untuk memberi sumbangan ke tabung rasmi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dengan mengimbas kod QR yang akan disediakan pada skrin.
Inisiatif ini mendapat sokongan lebih 100 personaliti tempatan dari dunia filem, TV, berita, muzik, media digital dan bantuan kemanusiaan.
Personaliti-personaliti terkenal yang akan turut mengambil bahagian dalam inisiatif
Malaysia4Palestine termasuk Datuk M. Nasir, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus, Datuk Aaron Aziz, Dr Soo Wincci, Alif Satar, Lisa Surihani, Denes Kumar, Datuk Syafinaz Selamat, Elizabeth Tan, Sherry Alhadad, Ceddy Ang, Nadhir Nasar, Meerqeen, Naim Daniel, Mira Filzah, Bella Astillah, Ella, Thomas Kok, Nabil Ahmad, dan ramai lagi.
Rakyat Malaysia boleh menyumbang ke AAKRP melalui saluran sementara selama 24 jam, bermula 12 tengah hari, 25 Mei di Astro, sooka dan RTM.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024