Laman Utama

“Kita Tak Perasan Pun, Yang Datang Pula…”- Terima Duit Raya RM14K, Neelofa Anggap Rezeki Bilal

gempak
Syafiqah Jalal
11/05/2022
03:45 MYT
Sponsor Banner
“Kita Tak Perasan Pun, Yang Datang Pula…”- Terima Duit Raya RM14K, Neelofa Anggap Rezeki Bilal
Selebriti terkenal Neelofa akui tidak menyangka duit raya putera sulungnya, Bilal boleh mencecah sehingga RM14,000.
Ketika menjadi tetamu kepada rancangan Meletop Raya malam semalam, Neelofa memberitahu dia menyedari jumlah kutipan duit raya itu selepas mahu membuka akaun bank buat Bilal.
“Kami tak perasan pun, masa tu kami memang nak buka akaun bank untuk dia. Kira-kira Alhamdulilah…
“Yang datang pula kawan-kawan mak kita, saudara dari Kelantan dan Besut yang kirimkan…Rezeki lah si kecil tu,” katanya selepas Nabil meminta respon mengenai kisah duit raya anaknya yang tular itu.
Neelofa tidak keseorangan dia hadir ke set Meletop Raya bersama suaminya, PU Riz atau Haris.
Nabil mengendalikan program semalam bersama pelakon Elly Mazlein.
Dua hari lalu tular video Neelofa dan PU Riz sedang mengira duit raya anaknya yang baru berusia 4 bulan serta mendedahkan jumlahnya bernilai lebih RM14,000.
Video berkenaan tular selepas netizen mengatakan duit raya Bilal lebih banyak dari pengeluaran khas KWSP iaitu RM10,000 sebelum ini.
Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu dan selamat menimang cahaya mata pertama pada 29 Januari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live