Lanjutan isu perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) tergendala yang dijangka sehingga 15 November ini, '3 Pagi ERA' yang dikendalilkan Nabil, Pak Azad dan Radin telah membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan pengangkutan.
Pagi tadi Nabil Ahmad sendiri telah pergi ke LRT stesen Ara Damansara dan membantu Puan Uma, seorang ibu yang kurang keupayaan (OKU) cacat penglihatan untuk menghantar anaknya berumur 7 tahun ke sekolah dan seterusnya Puan Uma sendiri ke tempat kerja di Persatuan Orang Buta Malaysia, Brickfields.
Menurut cerita yang dikongsikan kepada Era FM, ia merupakan rutin ibu dan anak itu setiap pagi menaiki pengangkutan awam berkenaan untuk hantar anak ke sekolah kemudian ke tempat kerja.
“Pagi ni Nabil tolong hantarkan Puan Uma dan anaknya. Puan Uma ni OKU Penglihatan dan setiap pagi selama 7 tahun dia akan menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja.
“Satu benda harini kitaorang belajar dengan Puan Uma, kita yang sempurna ni kena sentiasa belajar bersyukur dan kekurangan bukan penghalang untuk meneruskan kehidupan seharian,” tulisnya.
Perkongsian itu dibuat di akaun rasmi Era FM pagi tadi.
Nabil berada di kawan LRT itu sejak awal pagi hingga sekarang membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan pengangkutan untuk ke destinasi mereka terutama ke tempat kerja.
Terdahulu, Rapid KL perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya antara Stesen KLCC dan Kelana Jaya terpaksa dihentikan sekitar 3.30 petang Selasa lalu selepas laluan itu mengalami gangguan teknikal.
Susulan daripada itu sebanyak 16 stesen LRT laluan Kelana Jaya ditutup bermula Rabu sehingga 15 November depan.
Gangguan perkhidmatan LRT itu melibatkan stesen Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Abdullah Hukum dan Bangsar.
Selain itu, stesen LRT yang tidak beroperasi turut membabitkan stesen KL Sentral, Pasar Seni Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC, dan Ampang Park
Syafiqah Jalal
Thu Nov 10 2022

![[VIDEO] “Dia Sedut Juga Sikit Nafas Tu” - Lucu Lihat Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Bau Simen [VIDEO] “Dia Sedut Juga Sikit Nafas Tu” - Lucu Lihat Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Bau Simen](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-dia-sedut-juga-sikit-nafas-tu-lucu-lihat-harris-annuar-layan-isteri-mengidam-bau-simen.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Dia Sedut Juga Sikit Nafas Tu” - Lucu Lihat Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Bau Simen
Lucu bila Harris sakat isteri dia heheh.
.png?ext=.png)
“Juri Ada Sebab Mengapa Tak Berdiri…”- Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua
Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua

Aleeya Zailan Sebak Rai Kejayaan Tanpa Arwah Ibu - "Allah Gantikan Pelanggan Sama Macam ..."
Allahu sedihnya...

Grammy Awards 2023: Harry Styles Bawa Pulang Trofi Album Terbaik & Hampir Jatuh
Tahniah Harry, sekali sekala nak jatuh kan heheh.
![[VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…” [VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-45_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…”
Cantik la Siti ni...

Usahawan Berhabis Banyak Duit, Masih Relevankah Ambil Selebriti Untuk Pelaris Produk?
Duit habis banyak tapi produk tak laku?
_1.png?ext=.png)
Padam Bukti ‘Heroin’ Menggatal Di Instagram, Bella Astillah; “Tiada Apa Yang Saya Nak Explain…”
Bella tak mahu ulas lagi

“Kalau Tak Suka Saya Cakap Tak Suka…” - Mas Idayu Akhirnya Buka Mulut Komen Sissy Iman & Naim Daniel
Netizen puji Mas Idayu

“Mata Berair, Kacau Pernafasan, Tak Larat Nak Buat Apa-Apa Dah” - Jue Aziz Kena Influenza, Ramai Doa Cepat Sembuh
Semoga Jue Aziz cepat sembuh.

Mas Idayu & Sissy Iman Dah Berbaik, Ajai Saksi Mereka Berpelukan; “Dia Budak Bijak…”
Alhamdulillah