Pempengaruh Ryzal Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ryzal Durian Kimchi sekali lagi mencetuskan debat dalam kalangan netizen menerusi perkongsian video terbaharunya di Instagram.



Menerusi video bertemakan get ready with me itu, Ryzal merakam aksinya mengenakan pakaian berupa seluar pendek yang disarungkan selepas memakai celana ketat pada bahagian dalam.

Pada ruangan kapsyen video berkenaan pula, Ryzal menulis: “Tips OOTD seluar pendek patuh syariah."

Begitupun, rata-rata pengikutnya tidak bersetuju dengan kapsyen yang ditulis oleh suami kepada pempengaruh asal Korea, Maryam itu.



“Kurang tepat tu, bahagian antara lutut dan hujung seluar pendek tu categorized as dibalut aje sebab ketat. Hukum pakaian ketat tu lain. Kalau begitu perempuan can claim the same kalau mereka pakai legging (sahaja), tutup aurat kan. Wallahua'lam,” tulis seorang netizen.



Ryzal kemudian membalas: “Bentuk tubuh dikira sebagai aurat perempuan. Awak samakan aurat perempuan dengan lelaki, kitab mana awak rujuk?” tanya Ryzal pula.



Kenyataan Ryzal dibalas kembali oleh netizen berkenaan dengan menulis: “Hukum pakaian ketat bukan jatuh atas perempuan aje, lelaki pun. Dan kepada lelaki antara pusat dan lutut tu yang dititikberatkan manakala perempuan the whole body except muka dan tapak tangan. In short, bahagian aurat mesti ditutup dan tidak ketat. Kot lelaki pakai baju ketat tak apa sebab tu bukan bahagian aurat (bab adab lain cerita). Revise semula kenapa ada hadis ‘berpakaian tetapi telanjang’,” jelas netizen berkenaan.

Sebelum ini, nama Ryzal menjadi panas dalam kalangan netizen dan pengguna media sosial apabila didakwa menghina golongan B40.