Laman Utama
Kolaborasi Gucci, 2 Pengarah, Lagu Syahdu! Semak 6 Fakta Tentang Filem Stand By Me Doraemon 2!
Tak kira berapa pun usia korang pasti kenal dengan figura Doraemon.
Siri yang sudah memasuki usia 50 tahun itu bakal ditayangkan pertama kali di kaca televisyen menerusi filem animasi Stand By Me Doraemon 2 di saluran Astro First mulai esok.
Tapi jom semak apa fakta menarik yang boleh buat korang lagi excited nak layan filem ini.
#1 Dari Filem Pendek
Sepertimana judul filem kali ini, Stand By Me Doraemon 2 merupakan sekuel kepada Stand By Me Doraemon tahun 2014.
Namun, kandungan kisahnya daripada filem pendek Doraemon: A Grandmother's Recollections yang dikeluarkan pada tahun 2000.
Secara asasnya, Nobila melawat semula neneknya yang telah meninggal dunia ketika dia masih kecil dengan cara merentas masa. Ketika itu juga neneknya mahu melihat bakal isteri Nobita apabila majlis perkahwinan mereka menjadi kacau bilau.
Rasa-rasanya korang pun tahu kan siapa bakal isteri Nobita? Hehe
#2 Dua Pengarah
Filem ini diarahkan oleh Takashi Yamazaki dan Ryuichi Yagi. Kedua-duanya juga pernah mengarahkan filem Stand By Me Doraemon.
Yamazaki pernah mengarahkan filem hebat lain antaranya Parasyte dan Space Battleship Yamato serta pernah memenangi Pengarah Terbaik Japanese Academy Awards 2006 menerusi filem Always: Sunset on Third Street.
#3 Bintang Popular Jadi Voice Over
Ramai yang muncul menyumbangkan suara dari filem terdahulu. Jom kami senaraikan siapa individu di sebalik alih suara kali ini:
Wasabi Mizuta sbg Doraemon.
Megumi Ohara sbg Nobi Nobita.
Yumi Kakazu sbg Shizuka Minamoto.
Tomokazu Seki sbg Suneo Honekawa.
Subaru Kimura sbg Takeshi “Gian” Goda.
#4 Lagu Tema Best!
Lagu tema filem ini berjudul Rainbow yang dicipta oleh Masaki Suda. Ramai sedia maklum bahawa dia terkenal dengan wataknya dalam Kamen Rider Double dan Shinpachi dari filem Gintama.
Rainbow dicipta khusus buat Shizuka dan Nobita, menceritakan tentang kegembiraan serta kebahagiaan mereka bersama. Oh syahdunya!
#5 Delayed!
Disebabkan pandemik COVID-19, filem yang sepatutnya ditayangkan pada 2020 terpaksa ditangguh tayangannya pada 2021.
Ia sepatunya ditayangkan pada 7 Ogos 2020.
#6 Kolaborasi Gucci
Take it to the next level! Tak hanya menonton wayang ya, filem ini menjalin kolaborasi bersama rumah fesyen Gucci.
Pada 12 Januari lalu, Gucci telah mengumumkan kolaborasi dengan jenama Doraemon sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Pastinya tak murah! Tapi koleksi ini semuanya menarik dan supercute.
Sumber: Goodyfeed.com
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video