Read
Koleksi Baju Raya AZURA COUTURE x Syima Eima — Mampu Milik Serendah RM100 (Lebih!)
Oleh: Athirah Zulkifli
Kredit foto: Azura Couture
PEREKA fesyen lokal, Azura Mazaruddin teraju utama bagi label Azura Couture kini tampil dengan koleksi busana raya 2017 yang klasik, moden serta elegan. Kali ini, Azura Couture membawakan koleksi ‘Rosebelle — Designer’s Made Affordable’ hasilan Azura Couture x Syima Eima demi memenuhi tuntutan fesyenista masa kini yang dahagakan helaian busana bermutu tinggi hasil ilham kreatif pereka fesyen lokal, namun pada harga yang mesra konsumer dan mampu milik.
Menariknya koleksi raya ‘Rosebelle’ ini, ia mengimbau nostalgia raya dahulu kala. Apa yang membuat koleksi ini mengimbau raya dahulu? Pereka memasukkan penggunaan fabrik seperti vintage lace yang disulam di atas fabrik bubble jersey. Selain itu, pada siluet koleksi ini juga diterapkan sedikit elemen klasik seperti pada bahagian lengan baju yang sengaja direka kembang. Malah, ia turut kembalikan memori baju raya era 80-an dan 90-an yang selalu bermain penggunaan lapik span pada bahu untuk timbulkan ilusi pinggang pemakai yang lebih kecil/ramping.
Kesemua koleksi ‘Rosebelle’ ini didatangkan daripada saiz S hingga L. Koleksi ini dijual bermula dari RM100 hingga RM250 sahaja. Atau anda boleh membeli secara dalam talian di Instagram @rosebelle.my.
InTrend bawakan seleksi baju raya ‘Rosebelle’ untuk tatapan anda, ayuh cuci mata sebelum membelinya!
Kredit foto: Azura Couture
Kredit foto: Azura Couture
Kredit foto: Azura Couture
Kredit foto: Azura Couture
Kredit foto: Azura Couture
Kredit foto: Azura Couture
Kredit foto: Azura Couture
Kredit foto: Azura Couture
Must-Watch Video