Viral

"Koleksi Ini Untuk Membantu Anak-Anak Yatim, Sampai Hati Tuduh..." - Vivy Yusof Nafi Ciplak Idea Tudung

Amri Hassan
29/04/2020
07:33 MYT
Usahawan selebriti terkenal Datin Vivy Yusof menafikan dakwaan dia dan pasukannya dari dUCk telah menciplak rekaan jenama tempatan lain untuk koleksi terbaharu tudung yang bakal dilancarkan malam ini.
BACA: Tudung Baru Vivy Yusof Didakwa Ciplak Jenama Lain Lagi, Qi Razali & Kekasih Naik Hantu!
Kata Vivy, dia kecewa apabila tuduhan itu datangnya daripada individu yang dikenalinya selama ini.
"dUCk dituduh menciplak rekaan orang lain lagi. Saya terima orang sering menuduh kami apabila ternampak adanya sedikit persamaan.
"Saya sentiasa akan diamkan diri dan biar mereka bersuara sampai letih.
"Kebanyakan mereka adalah jenama tempatan yang saya sendiri bantu dari segi promosi. Bayangkan saya dituduh dan dimalukan mereka.
"Tapi kali ini datangnya daripada individu yang saya kenali," ujarnya.
Jelas Vivy, dia dan pasukannya bekerja keras untuk menghasilkan koleksi tersebut begit juga konsep kempen yang disesuaikan dengan nama koleksi Artsy dUCk.
"dUCk tidak meniru sepertimana tuduhan yang dilemparkan dan termasuklah koleksi yang akan dilancarkan malam ini.
"Corak ini dibangunkan sendiri oleh kumpulan kami dan saya buktikan sekali paparan skrin emel pasukan kami dari Jun 2018.
"Mana mungkin saya menciplak koleksi yang dilancarkan oleh jenama terbabit pada Disember 2018?
"Dari sudut kempen pula, memandangkan ia merupakan The Artsy dUCk, kami rasa konsep yang dipilih adalah bersesuaian. Ramai yang buat konsep sama sebelum ini," tambahnya.
Ujar Vivy lagi, dia terkilan apabila koleksi yang bakal dilancarkan untuk membantu anak-anak yatim diperkotak-katikkan sebegini.
"Saya harap dapat memberikan penjelasan kepada semua. Pasukan saya bekerja keras dan apabila dituduh begini, hati mereka luluh.
"Saya pun rasa sebegitu terutama apabila koleksi ini akan membantu anak-anak yatim yang memerlukan. Sampai hati orang menuduh bukan-bukan dan menyebarkan kebencian. Saya tak faham!
"Apa kata sama-sama membantu daripada menuduh. Sokonglah," akhiri Vivy.
Kenyataan Vivy itu mendapat reaksi Nia Atasha yang mencadangkan agar pasukan Vivy berkerja lebih kreatif.
"Anda perlukan pasukan baharu yang lebih kreatif kerana yang ada sekarang meletakkan diri anda sepertimana sekarang. Fikir-fikirkan.
"Tak penat ke asyik dituduh sama berulang kali? Tak terfikirkah ada perkara yang tidak betul dalam organisasi anda? Tak buat kajian?
"Saya tidak suruh sesiapa memboikot The Artsy dUCk kerana ia untuk tujuan kebaikan. Tetapi isunya ini bukan kali pertama ia melibatkan paten.
"Kalau pasukan anda berkecil hati, apatah lagi saya yang berbisnes kecil-kecilan ini? Sebab kami tahu kami takkan menang kalau melawan kuasa yang anda ada.
"Hujungnya nanti anda akan mendapat untung dan memenangi hati rakyat dengan sumbangan yang diberikan.
"Anda akan tetap mendapat anugerah dan hidup anda akan tetap hebat," tambah Nia.
Terdahulu, Nia menyatakan kekesalan terhadap tindaka Vivy yang menciplak idea yang pernah dikeluarkan olehnya bersama sebuah jenama tempatan pada 2018.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kahar Kapla High Council: Sky Iskandar Jadi Megat, Teman Wanita Antara Pemberi Semangat - “Dia Paling Teruja”

gempak
18/06/2024
11:55 MYT
Pelakon, Sky Iskandar, 29, akui teman wanitanya, model dan aktres, Nia Atasha antara yang teruja sebaik sahaja mendapat tahu dipilih membintangi filem Kahar, Kapla High Council.
Laman Utama

Dikritik Tidak Sensitif, Vivy Yusof Jawab Sebab Buka Pre-Order Koleksi Palestin

gempak
16/10/2023
04:50 MYT
Ini jawapan Vivy
Laman Utama

"Saya Sentiasa Mengimpikannya"- Nia Atasha Bangga Jadi Model Pakaian Dalam Antarabangsa!

gempak
04/07/2023
09:31 MYT
Wah Nia Atasha model pertama Asia!
Laman Utama

IMperfect: Elena Cuba Bunuh Liza, Kak Ju & Adam Mula Syak Sesuatu?

gempak
02/11/2022
10:00 MYT
IMperfect episod 6
Laman Utama

"Saya Menjerit..." - Vivy Yusof Berdepan Detik Cemas Penyeluk Saku Di London, Mujurlah Ada...

gempak
22/10/2022
23:50 MYT
Nervouslah...