Viral

Kompleks PKNS, SACC Mall Shah Alam Bakal Dirobohkan Untuk Pembinaan Kondominium? Ini Reaksi Netizen

gempak
Izwan Isa
18/03/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
Kompleks PKNS, SACC Mall Shah Alam Bakal Dirobohkan Untuk Pembinaan Kondominium? Ini Reaksi Netizen
Kecoh dalam kalangan netizen baru-baru ini apabila satu hantaran di platform X tular mengenai dakwaan Kompleks PKNS dan SACC Mall Shah Alam bakal dirobohkan.
Menerusi hantaran berkait, kedua-dua bangunan itu didakwa bakal dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan kediaman bertingkat jenis kondominium.
Pada hantaran itu, hanya empat lot sahaja terlibat dalam pembinaan kondominium berkenaan iaitu: Lot 10070 : Kompleks PKNS Lot 465: Shah Alam Convention Center Lot 59: SACC Mall Lot 10069: Tempat leak kereta
Meninjau reaksi netizen, ramai menzahirkan rasa terkejut dengan berita tersebut:
Sementara itu, memetik laporan The Star tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Mahmud Abbas berkata, projek rejuvenasi Shah Alam bakal melibatkan beberapa komponen seperti apartment servis, hotel, naik taraf pusat beli belah serta SACC Walk.
Foto: Selangor Travel

BERITA TRENDING: "Baru Dapat Kebenaran MBSA" - Stadium Shah Alam Bakal Dirobohkan

BERITA TRENDING: Tular Foto Lewis Hamilton Muncul Di Stesen Petronas Ampang & KLCC, Rakyat Malaysia Jadi Tak Keruan!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live