Filem pecah panggung di negara China pada tahun ini, On Your Mark telah menemui penonton Malaysia mulai 26 Ogos ini.

Hasil garapan pengarah tersohor Chiu Keng Guan ini memberi penghormatan kepada bapa-bapa seluruh dunia yang cekal, berhati waja dan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga mereka.

Diadaptasi daripada kisah benar salah satu sukan popular di China iaitu larian maraton, subjek utama filem ini mengangkat hubungan kekeluargaan dan semangat juang dalam mengejar sebuah impian.

Menurut Pengarah Chiu, antara mesej penting yang mahu ditonjolkan dalam filem ini adalah komunikasi di antara bapa dan anak itu sangat penting.

“Seperti bapa-bapa kita juga, kadang-kala mereka tidak tunjukkan kasih sayang secara terus. Kita tahu mereka sayangkan kita tetapi mereka tidak tunjuk.

“Jadi filem ini banyak mengajar kita tentang pentingnya komunikasi di antara seorang bapa dan anak-anaknya. Banyak lakukan aktiviti bersama, luangkan masa bersama dan kalau boleh tunjukkan yang kita sayang pada anak-anak. Jangan simpan perasaan sayang itu di dalam hati,” ujarnya lagi.

On Your Mark dibintangi pelakon hebat China seperti Wang Yanhui, Zhang Youhao, Gong Beibi, Zhao Liang, Li Yu, Liu Jinshan dan penampilan istimewa oleh pelakon filem The Last Tycoon, Feng Wenjuan.

Filem ini mengisahkan seorang anak muda, Xiao Erdong bercita-cita untuk menjadi pelari maraton seperti ibunya.

Cita-citanya dihalang oleh ayahnya Xiao Daming kerana tidak mahu melihat anaknya kecewa mengenangkan Xiao Erdong berkemungkinan mewarisi sindrom buta seperti ibunya yang telah meninggal dunia.

Namun, sewaktu berlatih secara sembunyi, Xiao Erdong telah terjatuh dan mimpi ngeri ayahnya menjadi kenyataan apabila Xio Erdong disahkan buta.

Saksikan filem hebat On Your Mark yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 26 Ogos 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.