Selepas pelbagai kontroversi melanda rumah tangganya, pelawak Tauke Jambu muncul dengan sekeping foto terbaharu bersama anaknya, Zamatul Khayla Aydina.

Menerusi foto yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) miliknya, Tauke mendukung bayi perempuannya serta menyamakan kepala mereka yang masing-masing botak.

“Budak rare...Upin Ipin? Skinhead?” Tulisnya.

Entri tersebut menarik perhatian ramai pengikutnya di IG.

Rata-rata gembira melihat foto tersebut serta mendoakan agar rumah tangga Tauke terus bahagia bersama kehadiran bayi tersebut.


Terdahulu, timbul kontroversi apabila isterinya, Nadia mengaku telah diceraikan selepas mendakwa suaminya berlaku curang dengan kehadiran orang ketiga.

Namun, isu tersebut telah pun reda selepas Nadia memohon maaf dan menarik balik dakwaan tersebut.

Zamatul Khayla selamat dilahirkan di Hospital Serdang tepat jam 8.28 pada 26 Oktober lalu.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.

Tauke memiliki enam orang anak yang berusia antara lapan hingga 16 tahun hasil perkahwinan sebelum ini.