Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim berkongsi foto terbaharunya yang kini sedang hamil lapan bulan di akaun Instagram miliknya.

Foto ‘maternity shoot’ itu mendapat perhatian peminat serta pengikutnya yang rata-rata memuji wajahnya yang semakin berseri-seri.

“Ambil beberapa gambar untuk digantung di dalam bilik nursery nanti sebagai kenangan manis dan reminder for the lil where he/she came,” katanya di dalam kapsyen yang ditulis.

Menerusi foto tersebut Azrinaz memakai serba putih dan tubuh serta perutnya dibalut dengan kain yang besar berterbangan.

Selain memuji gaya serta teknik gambar yang diambil, rata-rata turut mendaoakan agar proses bersalinnya nanti dipermudahkan.

“So stunning and gorgeous,” puji peminatnya.

“Semoga dipermudahkan dan selamat bersalin,” komen rata-rata pengikutnya.

Malah ada juga yang tidak sabar untuk menanti kelahiran cahaya matanya.

Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan teman lama, Fairos Khan Abdul Hamid, 43, pada 1 Mei tahun lalu.

Sebelum ini, Azrinaz dan suami sama-sama bertugas di TV3, namun mula rapat sejak lebih setahun sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Took some pictures to be hung in the nursery room later as a sweet memory and reminder for the lil ?? where he/she came from #33weeks #8months #preggydiaries #babybump #pregnancyjourney - Styled : @xeliciousxass Make up: @sheila_mohamad Hijab stylist: @thelatifi Concept & Camera: @blackpepperproduction

A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on