Berita
Kongsi Gambar Bersama Mak, Ramai Tawar Diri Jadi Menantu Mak Khai Bahar
Penyanyi Khai Bahar mencuri tumpuan apabila berkongsi gambar bersama emaknya berserta ucapan ulang tahun kelahiran di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut ramai yang menawarkan diri untuk menjadi menantu kepada emaknya.
"Happy Birthday Mak," tulisnya ringkas.
Menerusi ruangan komen rata-rata mendoakan kesihatan emaknya dan ada juga yang mengusik Khai dengan menawar diri untuk menjadi isterinya dan menantu kepada emaknya.
"@__hidayahsam: Happy Birthday for bakal mak mertua.Semoga panjang umur, sihat sentiasa disamping family dan dimurahkan rezeki."
"@Siti_Aminah: Happy Birthday kepada Mak Khai. Semoga Allah panjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki berpanjangan kepada Khai dan Ibu Khai. Doa yang baik-baik untuk bakal mak mertua saya ye. Hehehe."
"@sottiletea.hq: Happy birthday Mak Mertua. Eh eh tak gurau je. Moga mak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki."
Dalam perkembangan terbaharu, Khai akan muncul dalam program Bintang Minggu Ini bersama Ara Johari atas satu pentas.
Bintang Minggu Ini merupakan sebuah program santai terbaru yang akan dihoskan oleh pelawak dan pengacara hebat iaitu Jihan Musa.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2016/nov/21/kk.png)
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2016/nov/21/jkk.png)
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2016/nov/21/yks_8853-2.jpg)
Bintang Minggu Ini dibawakan oleh Vivo bersiaran setiap Ahad, pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 25 November lalu.
Vivo kini tampil dengan Vivo V11i pada harga RM 1099. Telefon pintar V11i ini dijana dengan cip pemproses MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM dan storan sebesar 128GB.
Ia juga turut dilengkapi skrin 6.3-inci LTPS FHD+ dengan rekaan takuk kecil berbentuk titisan air. Untuk spesifikasi kamera utama peranti, Vivo V11i menggunakan dwi-kamera gabungan 16-megapixel + 5-megapixel sekaligus dapat menghasilkan gambar bokeh yang baik.
Manakala kamera hadapan peranti pula hadir dengan 25-megapixel yang amat sesuai untuk pengambilan swafoto yang jelas. Sebuah bateri sebesar 3315mAh dibekalkan dengan sokongan pengecasan pantas 18W dan pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian belakang peranti.g peranti.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2016/nov/21/vd.png)
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2016/nov/21/vewe.png)
Must-Watch Video