Peminat pelawak Zizan Razak mengakui tidak sabar untuk menyaksikan transformasi perubahan badannya supaya kelihatan lebih sado.

Menerusi beberapa entri di Instagram (IG), Zizan telah berkongsi beberapa keping gambar ketika sedang melakukan senaman di gym.

"Kepada semua lelaki pastikan anda ramas tangan kekasih anda dengan erat supaya mereka tidak datang belari dan minta alamat rumah kami," tulisnya.

Rata-rata peminat kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Zizan dan mereka berharap agar dapat menyaksikan perubahan pada saiz badannya nanti.

@jeffrey_elham: "Sebulan lagi ni katang lah badan Zizan. Tak sabar nak tengok Zizan jadi abang sado."

@Rohimee: "Semoga Zizan terus bersemangat untuk berlatih sehingga mencapai apa yang diinginkan."

@Dahlia: "Lepas ini dapat la gelaran Abang Sado. Agaknya bagaimana jika Zizan berbadan sado, mesti lagi macho."

@izzatdanial96: "Nampak dah zizan makin sado, dah macam Vin Diesel versi melayu pula aku tengok. Chaiyookkk."

@wak_dompok: "Steady Abang Zizan. Dah ada otot,hebat lah. Macam ni la Abang Long Fadil, baru Shark tak berani kacau. Terbaik la."


Dalam perkembangan lain, Zizan akan tampil dalam filem Abang Long Fadil 2 yang akan mula ditayangkan pada 24 Ogos ini di pawagam seluruh negara.

Selain Zizan, filem arahan Syafiq Yusof itu turut dibintangi oleh Syamsul Yusof, Datuk AC Mizal, Achey, Shuib dan Tania Hudson.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi