Skip to main content

Berita Tempatan

Kongsi Gambar di Instagram, Netizen Puji Kecomelan Anak Beyonce

beyonce_1.jpg
Advertisement
Buat pertama kalinya, penyanyi popular Hollywood, Beyonce berkongsi gambar anak kembarnya di laman Instagram.

Sebelum ini, penyanyi yang popular melalui lagu Halo itu belum pernah lagi mendedahkan wajah foto anaknya kepada khalayak umum.

Nampaknya penantian peminatnya yang ingin melihat wajah anak kembarnya berakhir apabila Beyonce telah berkongsi gambar tersebut di media sosial.

Menurut kapsyen yang dimuat naik, anak kembarnya itu hari ini telah berusia sebulan.

"Rumi Carter dan Sir Carter hari ini berusia satu bulan," tulisnya.

Rata-rata peminat yang melihat gambar tersebut memuji kecomelan Rumi Carter dan Sir Carter.

Ada juga antara pengikut Instagram Beyonce mengatakan bahawa mereka mahu penyanyi itu memuat naik lebih banyak lagi foto Rumi Carter dan Sir Carter.

Beyonce dan suami, Jay Z telah berkahwin pada 2008 dan kini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Blue Ivy.
 
Bayi kembar itu dilahirkan 17 Jun lalu di Los Angeles.
 
 

Sir Carter and Rumi 1 month today. ??❤️??????????

A post shared by Beyoncé (@beyonce) on


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Must Watch Video

Advertisement