Peminat pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz berharap agar mereka lebih berhati-hati dalam menjaga batas pergaulan diantara satu sama lain.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fasha berkongsi gambar 'didukung' oleh Aidil dan perkara itu menimbulkan perbalahan diantara pengikutnya.

"Hah, dah ringan ke sebab masa jogging tiba-tiba Pak Ngah boleh angkat ibu?

"Apakah rahsia ibu makin ringan daripada dulu? Coming soon," tulisnya.

Hah, dah ringan ke sbb masa jogging tiba2 pakngah boleh angkat ibu? Apakah rahsia ibu makin ringan daripada dulu? . . . Coming soon ; . #fashasandhaxbizziboddy 017-379 7097 ☎️ 011-1670 0600 . @as_legacyasia @as_legacyasia . @itsaidilaziz #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Menerusi ruangan komen rata-rata mengakui tidak selesa dengan gambar yang dikongsikan oleh Fasha dan berharap dia lebih berhati-hati selepas ini ketika berkongsi gambar di media sosial.


Fasha dan Aidil mula rapat sejak tahun 2017 dan telah mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu.