Pelakon Sarah Hildebrand memuat naik sekeping foto lama yang memaparkan dirinya dalam keadaan tidak berhijab di Instagram.

Bagaimanapun, gambar yang dirakam sekitar tahun 2007 itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan pelakon berusia 30 tahun itu yang sengaja berkongsi gambar lamanya yang tidak menutup aurat.

2007/2008 #sofarbacksunday

A post shared by Sarah Hildebrand Gillen (@sarahhildebrand) on


Bahkan, ada yang meminta agar gambar tersebut dipadam memandangkan dirinya kini sudah berhijrah dengan imej berhijab.

"Ini merupakan gambar pertama tidak bertudung (dewasa) yang kamu post di Instagram. Ia sepatutnya untuk dikongsikan untuk suami sahaja.

"Harapnya, ia akan dipadam segera. Kami hanya sayangkan kamu sebagai seorang muslim dan nasihat ini juga buat saya sendiri," tulis pemilik akaun @ainniajsni.

Bukan itu sahaja, ada yang menasihatinya untuk tidak berkongsi gambar yang memaparkan rambutnya lagi biarpun dengan niat sekadar mengimbas kembali kenangan lama.

"Gambar lama...tolong jangan tayang rambut kamu Sarah.

"Ya, aurat tetap aurat.

"Tak perlu post...I love you.

"Dah bertudung kan. Adui..tak fahamlah aku.

"Comelnya, tapi Sarah, rata-rata peminat kamu tak mahu kamu tunjuk rambut kamu. Boleh ke kamu arkibkannya nanti," tulis sebahagian netizen di ruangan komen.




Begitupun, sejak dimuat naik semalam, Sarah dilihat tidak mengendahkan komen pengikutnya untuk memadam gambar tersebut.

Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand mula tampil dengan imej berhijab pada penghujung 2015.

Apapun, jangan lupa saksikan drama lakonan Sarah Hildebrand di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.