Isteri kepada pelakon popular Indonesia, Randy Pangalila, Chelsey Frank telah selamat melahirkan bayi sulung mereka pada Rabu.

Menerusi kemas kini akaun Instagram Randy, bayi perempuan mereka diberi nama Blair Willow Pangalila.

"Kemarin (semalam) adalah hari yang paling bermakna untuk saya dan isteri saya. 24 Mac 2021, pukul 9.54 pagi, wanita kuat ini @cfrank3030, telah melahirkan seorang bayi perempuan yang cantik, Blair Willow Pangalila anak kami.

"Sebuah moment bahagia yang sudah ditunggu-tunggu kami berdua, terima kasih kepada para dokter dan jururawat yang sudah membantu kelancaran persalinan isteri saya, terima kasih untuk becanda-canda kecil yang membuat isteri saya lebih rilex dan tidak stress pada saat melahirkan," tulis Randy.

A post shared by Randy Pangalila (@randpunk)


Randy turut berkongsi momen-momen indah sepanjang proses isterinya bersalin hingga kedua-duanya memeluk bayi mereka selepas selamat dilahirkan.

Randy, 30, dan Chelsey berkahwin pada 19 Januari 2019 di Bali, Indonesia.