HIBURAN
Kongsi Momen Sebelum Tunai Solat, Ibu Titip Pesanan Buat Rebecca Nur Al-Islam - “Biarkan Dunia Kecam Kita, Allah Ada”
Konflik antara keluarga usahawan Bonda Rozita dan pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam masih menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.
Titip pesanan
Menerima pelbagai kecaman, Rebecca menerusi Instastory berkongsi momen antara dia dan ibunya sementara menunggu waktu untuk menunaikan solat.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Bonda Rozita Dakwa Rebecca Nur Al-Islam Minta Padam Hantaran - “Biar Orang Tahu Perangai…”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Sokong Bonda Rozita, Ibu Mentua Dari Syurga - “Rezeki Terindah Seorang Menantu Perempuan Adalah Dapat Ibu Mentua Yang Menghargainya”
ARTIKEL BERKAITAN: Shahida Didakwa Mulakan ‘Pergaduhan’, Aliff Syukri Tampil Pertahankan Isteri - “Pada Mulanya, Kami Sekeluarga…”
ARTIKEL EBRKAITAN: "Saya Bersumpah Tak Pernah Berhutang, Meminjam RM1.5 Juta" - Rebecca Nur Al-Islam Terkejut Disalah Anggap Terima Wang Dari Kakak Ipar
Rebecca memberitahu ibunya ada menitipkan pesanan kepadanya agar untuk tidak bersedih dan membiarkan sahaja kecaman selain tak perlu untuk membaca berita mengenai dirinya.
“Sementara menunggu untuk solat. Ibuku, mama pesan, adik jangan sedih. Biarkan dunia kecam kita, Allah ada. Jangan tengok la berita-berita tu,” katanya.
Pada perkongsian yang sama, Rebecca berkata dia berasa yakin dirinya seorang yang kuat untuk menempuh dugaan fitnah di dunia.
Kuat hadapi dugaan
“Mamaku, tak apa. Insya-Allah anak mu kuat menempuhi dugaan fitnah dunia,” kongsinya lagi.
Terdahulu, keluarga Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian netizen apabila Rebecca menafikan dakwaan Shahida bahawa dia lebih sudu dari kuah apabila kerap memuat naik gambar kakak ipar barunya, Bonda Rozita Ibrahim.
Tak berdiam diri, anak Bonda Rozita iaitu Maryam Nur Imani juga bersuara mempertahankan Datin Shahida.
Must-Watch Video