Gaya Hidup
Konsep Tropikal Abstrak, Jenama Fesyen Ini Menggabungkan Batik & Renda... Cantiknya!
Estetika batik tidak pernah lapuk biarpun teknologi percetakan dan penghasilan fabrik semakin canggih saban hari.
Menerapkan keunggulan batik yang menjadi khazanah tempatan sejak dahulu lagi, jenama Pieces by Raeesa mengambil inisiatif untuk menghasilkan koleksi sempena musim panas/bunga 2019.
Uniknya, koleksi batik berkonsepkan tropikal dan abstrak ini menggabungkan beberapa fabrik moden seperti renda, sutera shantung dan broked untuk lebih versatil dan edgy.
Bagi memecahkan streotaip batik, Pieces by Raessa memilih warna bold dan pastel untuk mood moden dan lebih urban.
"Rekaan ini memenuhi horizon wanita dalam gaya mewah dan anggun.
"Kebanyakan helaian koleksi ini masih bermain dengan cetakan batik dalam bentuk abstrak dan kesan grafik untuk hasil bersahaja.
"Rekaan kali ini juga berkonsep moden, mudah digayakan oleh semua golongan dan senang untuk 'mix & match' serta mengekalkan ciri-ciri minimalis," kata pengasas Pieces by Raeesa, Erny Yusmiarty Erizal.
Koleksi ini merupakan kolaborasi Pieces by Raessa dan Robinson.
Kesemua helaian cantik ini boleh didapati di butik Pieces by Raeesa di Vista Alam, Shah Alam atau www.raeesa.com.my.
Jom tengok koleksi-koleksi menarik Pieces by Raeesa X Robinson sempena musim panas/bunga 2019:
Must-Watch Video