,
Laman Utama

Konsert Barbarik Bakal Jadi Konsert Rock Terhebat, Joe & Muss Dah Tak Sabar, Harap Peminat Pulang Dengan Kenangan Manis

Mya Amri
23/12/2022
05:44 MYT
Pemain gitar terkenal, Jo Branco dan juga bekas anggota kumpulan May, Muss tidak sabar untuk beraksi di Konsert Barbarik - Pentas Keras yang bakal berlangsung esok.
Menurut Jo, pelbagai persiapan rapi telah dilakukan dan berharap peminat dapat pulang dengan 1001 kepuasan serta kenangan manis selepas menghadiri konsert berkenaan.
“Saya berhasrat mahu menjadikan konsert itu sebagai salah satu konsert rock terhebat tahun ini. Segala perancangan dibuat dengan begitu rapi dan teliti.
“Saya mahu konsert itu meninggalkan impak sama seperti era 80-an dahulu, dari segi pentas kami memberi penekanan dari aspek pengcahayaan.
“Saya juga tidak akan menggunakan skrin LED kerana bagi saya ia akan mencacatkan keseluruhan konsep itu nanti.
“Sudah pasti konsert itu akan berbeza dengan sebelum ini, saya harap segalanya dipermudahkan menjelang hari konsert nanti,” katanya ketika ditemui Gempak.
Mengulas mengenai konsert itu, Muss berkata akan ada bahagian yang menampilkan lima lagu tanpa henti dan itu sangat menguji kekuatan staminanya.
“Bila Jo tawarkan saya untuk buat projek Barbarik ini, awal-awal lagi saya cakap boleh tetapi saya takut tidak boleh buat seperti waktu umur saya 20 ke 30 tahun dulu.
“Sebab saya sudah berusia 50 lebih jadi kegusaran saya adalah sekiranya stamina saya tidak mampu menyampaikan konsert atau persembahan seperti dahulu.
“Tetapi apabila sesi latihan sudah bermula sejak dua tiga bulan, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan ada keserasian walaupun sudah 22 tahun tidak beraksi bersama untuk Barbarik.
“Sewaktu konsert nanti akan ada segmen persembahan lima buah lagu tanpa henti selain susunan lagu-lagy juga disuntik dengan elemen baharu tetapi tidak lari daripada susunan asal.
“Ini kerana kami mahukan berikan sesuatu yang segar supaya peminat dapat merasakan sesuatu yang baru walaupun lagu itu lagu-lagu lama.
“Siapa sangka selepas lebih 20 tahun… Saya bakal persembahkan kembali lagu-lagu album Mr Barbarik di dalam Konsert Barbarik-Pentas Keras ini nanti,”jelasnya.
Selain Jo dan Muss sebagai teraju utama, Barbarik- Pentas Keras juga menjemput tiga penyanyi undangan iaitu Mel, Mael XPDC dan Asheed yang akan diiringi oleh beberapa orang pemuzik profesional.
Konsert akan berlangsung pada jam 8.45 malam pada Sabtu, 24 Disember 2022 di Zepp Kuala Lumpur dan dibawakan oleh Anggerik Event Sdn Bhd.
Yang belum mendapatkan tiket, anda boleh layari laman sesawang: www.ticket2u.com.my.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai tiket hubungi “Live Chat” Ticket2U.
Terdahulu, Jo dan Muss pernah bergabung 22 tahun dahulu di mana ketika itu Muss menjadi vokalis untuk empat buah album studio kumpulan Wings diantara tahun 1996 hingga 2000, ketika ketiadaan vokalis utama Wings.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 7

gempak
16/10/2024
10:00 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 7 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Govinda - Hal Hebat @ Kuala Lumpur

gempak
16/10/2024
10:00 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Govinda - Hal Hebat @ Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Memang Dari Planet Lain, Sal Priadi Layan 'Healing' Dengan Ribuan Peminat Di KL!

gempak
16/10/2024
09:55 MYT
Suasana di dewan Zepp, Kuala Lumpur pada malam Ahad lalu, dipenuhi dengan keajaiban apabila konsert yang ditunggu-tunggu oleh semua, “SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR” membawa peminat melewati perjalanan muzik yang mendalam dan penuh ‘healing’!
Hiburan

Puji Energy Peminat Di Malaysia, Jessi Janji Mahu Datang Lagi Ke Malaysia! - "Sebenarnya Saya Tak Sihat, Tapi ..."

gempak
16/10/2024
04:55 MYT
Meskipun tidak berapa sihat namun dengan tenaga yang diberikan oleh peminat membuatkan pelantun lagu Zoom itu turut bersemangat untuk memberikan persembahan yang terbaik buat mereka yang hadir ke konsert tersebut.
Peraduan

Menangi Tiket ke Muzikal Lawak Superstar musim 4 untuk minggu 5

gempak
16/10/2024
02:00 MYT
Siapa nak pergi ke Muzikal Lawak Superstar musim 4 untuk minggu 5 Secara Percuma? Memang best!
BorakSeeni