Datuk Ramli Sarip tidak lekang senyuman di sebalik falsafah falsafah yang beliau jawab dalam setiap persoalan yang dilontar para wartawan sewaktu bertemunya dalam sidang media Pelancaran Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022 Cinta Di Sebalik Musim dibuat secara eksklusif di Villa d' Acqua, Masjid Tanah, Melaka, baru-baru ini.
Pada majlis tersebut, penyanyi legenda yang digelar Papa Rock itu banyak bercakap mengenai album solo terkini sekaligus kesembilan miliknya, Rasa, yang lahir sewaktu fasa ‘dunia membeku’ dengan aktiviti.
Kini saat dunia kembali berjalan seperti biasa, meski masih tersisa hal hal yang perlu dipatuhi, beliau tidak mahu Rasa hanya menjadi koleksi peribadi diri sendiri.
Ramli mahu Rasa sampai kepada semua pecintanya. Beliau mahu Rasa diraikan dalam beberapa siri konsert jelajah. Lantas, umpama melawan arus pembikinan konsert hanya pada satu lokasi, Ramli siap dengan konsert jelajahnya.
Ia diberi nama Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022 Cinta Di Sebalik Musim dengan istimewanya, Ramli membawa kembali pemuzik yang merakamkan album Rasa di dalam studio ke pentas besar bertemu peminat secara langsung.
“Secara peribadi saya tiada istilah berhenti, kami hanya berehat dan kemudian akan kembali berjalan. Bagi saya, jelajah ini (jelajah konsert) tidak ada musim dalam kerja seni kerana inilah kehidupan kami.
“Album Rasa ini sangat mustahak dan penting bagi saya kerana adalah wadah yang luar dari jangkaan saya selama penglibatan saya.
“Bukan kerana ini yang terbaik, tapi kerana teristimewa kerana ia berlaku pada keadaan cinta di sebalik musim iaitu di sebalik kesusahan tetap ada ruang dan cahaya di hujung terowong.
“Dan saya rasa muzik yang kita nak ketengahkan ini adalah muzik yang dewasa dan wadah ini harus sampai kepada masyarakat terutama kepada anak anak muda yang baru bermula dalam dunia ini,” katanya.
Sementara itu, Ramli juga mengaku untuk kembali memulakan konsert jelajah ini sedikit mencabar kerana telah lama kita hilangkan tour itu kerana kekangan.
“Saya tak tahu nak buat persembahan macam mana kerana sudah melakukan beragam persembahan dalam skala besar, sederhana dan kecil misalnya, namun apa yang saya harapkan nanti ia akan punya magis,” jelas penghibur yang sangat dihormati ini.
Menerusi konsert jelajah ini, Ramli akan diiringi Soul Journey yang terdiri daripada pemuzik berpengalaman iaitu Rozario Rasul (pengarah muzik dan keyboard), Ritz Metalasia (gitar), Addy Rasidi (gitar), Din Safari (bass) dan Tom Annuar (dram).
Informasi Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022 Cinta Di Sebalik Musim
7 Oktober 2022- Johor Bahru
14 Oktober 2022- Melaka
22 Oktober 2022 - Perak
29 Oktober 2022 - Kuala Lumpur
4&5 November 2022 - Kelantan
12 November 2022 - Sabah
20 November 2022 - Sarawak
17 Disember 2022 - Singapura
Tiket dijual menerusi www.ilassotickets.com, manakala ada sesetengah lokasi, tiket dijual secara jualan meja.
Maliah Surip
Fri Aug 05 2022


“Saya Reda Dengan Qada & Qadar”- Adi Putra Mengesahkan Nama Tiada Dalam Mat Kilau 2
Tiada rezeki Adi kali ini

"Hubungan Juga Sudah Tidak Baik" - Peguam Jelaskan Diana Danielle Bayar Sewa Rumah, Ada Hak Halang Farid Kamil Masuk
Penjelasan peguam mewakili Diana.

Kecoh Tersebar Gosip Son Ye Jin Minta Cerai Sebab Hyun Bin Kuat Berjudi
Harap semuanya baik-baik sahaja.

"Tak Mungkinlah Kami Bergaduh" - Syida Melvin Cabar Diri Gerak Solo Tanpa Adik-Beradik
Adik beradik kot

Peminat Dakwa Tak Ada Job, Agnes Mo: “Sekali Bekerja Cukup Untuk Beberapa Tahun”
Fuh, sekali kerja dah cukup tau. Hebat Agnes Mo.

Shaheizy Sam Elak Komen Masalah Rumah Tangga Orang - “Saya Percaya Kifarah”
Ada betul kata Sam tu...

Suami Yana Samsudin Edit Gambar Dengan Pelakon High Council, Netizen - “Yang Belakang Itu Next Kapla Ke?”
Terhibur tengok haha

Bekas Pemain Bass XPDC, Man Tobey Meninggal Dunia
Al-Fatihah...

“Saya Masih Sayangkan Diana” - Farid Kamil
Semoga ada jalan pendamaian

“Dipping Sos Bukan Cap Ayam, Bahan Premium,” - Didakwa Biskut Harga Kayangan, Shuhada Perjelas Salah Faham Netizen
Bukan yang biasa tapi guna bahan premium tau.