Laman Utama

Konsert Percuma Di YouTube MPO Bermula 31 Ogos, Ada Tun Siti Hasmah, Aishah, Datuk Syafinaz & ...

Amri Hassan
30/08/2021
13:38 MYT
Bersempena dengan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia tahun ini, sertai Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra - MPO) menerusi siri konsert digital yang bertajuk MPO Patriotism Series.
Siri ini mengandungi 7 buah video yang akan di siarkan secara berkala dan percuma di saluran YouTube MPO, MPO TV bermula dari 31 Ogos 2021 sehingga 16 September 2021.
Dipimpin oleh konduktor Ahmad Muriz Che Rose, siri konsert digital ini akan menyaksikan MPO memberi penghormatan kepada beberapa karya patriotik dan lagu rakyat tempatan yang ikonik, dipersembahkan dalam susunan orkestra simfoni yang tiada tandingannya.
Mengulas mengenai kempen siri konsert digital ini, kata konduktor muzik, Ahmad Muriz Che Rose siri konsert digital itu dibuat sebagai penghargaan terhadap karya orkestra simfoni tempatan.
"Selain untuk menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia tahun 2021, siri konsert digital ini dibuat sebagai penghargaan terhadap karya-karya orkestra simfoni tempatan sambil menyampaikan ekspresi sentimen patriotik, dipersembahan di dalam bentuk orkestra.
"Saya rasa amat berbesar hati dapat mengetuai dan mempersembahkan karya-karya patriotik yang terkenal oleh komposer-komposer legenda tempatan yang telah membentuk melodi patriotik selama ini," katanya.
Video pertama siri ini akan menyaksikan pemuzik-pemuzik MPO dan juga Orkestra Filharmonik Remaja Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Youth Orchestra – MPYO) memberikan nafas simfonik baharu kepada karya Tanggal 31 Ogos (ditulis dan dinyanyikan oleh penyanyi Ahmad C.B dan dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman).
Video ini akan disertakan juga dengan sebuah lagi video oleh MPO mempersembahkan karya Negaraku dan Bahtera Merdeka, dimuat naik pada hari yang sama.
Karya - karya lain yang akan dipersembahkan pada minggu-minggu berikutnya ialah Cindai oleh Suhaimi Mohd Zain, Warisan oleh Syed Haron Ahmad, Tanah Pusaka oleh Tan Sri Ahmad Merican, Puteri Santubong oleh Tuan Haji Madzhi Johari dan Prihatin Malaysia oleh Dato’ Mokhzani Ismail.
Setiap karya yang akan dipersembahkan akan disajikan dengan pesanan dan komentari video mengenai karya-karya tersebut dari tokoh-tokoh terkenal industri muzik tempatan.
Antara nama-nama yang akan membuat kemunculan dalam siri ini ialah Penaung MPO YABhg Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Pengarah Muzik ORTM Dato' Mokhzani Ismail, penggubah muzik Dato' Johari Salleh, komposer Tuan Haji Madzhi Johari, penulis lirik Hairul Anuar Harun dan artis popular Malaysia, Datuk Syafinaz Selamat dan Aishah.
Marilah kita bersama meraikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2021 bersama MPO, hanya di MPO TV!
Untuk maklumat terkini, sila layari www.mpo.com.my atau media sosial MPO (Facebook, Instagram dan YouTube).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

gempak
25/07/2024
16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, The Boyz ke Malaysia buat kali pertama.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert byAJAI & MEGA FRIENDS

gempak
24/07/2024
09:46 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 2

gempak
24/07/2024
09:40 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Solo Terakhir Dato' Awie

gempak
24/07/2024
09:33 MYT