Laman Utama

Kontinjen Malaysia Gah Pada Majlis Pembukaan Sukan SEA Hanoi, Nur Dhabitah Berbaju Puteri Perak Tarik Perhatian!

gempak
Azwa Rahman
12/05/2022
23:14 MYT
Sponsor Banner
Kontinjen Malaysia Gah Pada Majlis Pembukaan Sukan SEA Hanoi, Nur Dhabitah Berbaju Puteri Perak Tarik Perhatian!
Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila mengenakan busana tradisional Puteri Perak sewaktu menjadi pembawa Jalur Gemilang pada majlis membuka temasya Sukan SEA Hanoi 2021.
Acara penuh gilang gemilang itu berlangsung di Stadium Nasional My Dinh meskipun pada mulanya sukan dwitahunan itu tertunda setahun berikutan dunia terjejas akibat pandemik COVID-19.
Dengan tema ‘For a Stronger South East Asia’, Sukan SEA ke-31 dirasmikan dengan tarian bunga teratai dan diikuti tarian lukisan kayu rakyat Dong Ho yang mencerminkan kesenian masyarakat tempatan.
Kontinjen Malaysia yang diwakili 31 orang memasuki perarakan dengan langkah bergaya selepas Ketua Kontinjen, Datuk Nur Azmi Ahmad.
Di laman sosial Twitter, rata-rata wargamaya memuji penampilan Dhabitah dah cukup ayu tetapi gagah pada masa yang sama apabila mengenakan pakaian tradisional tersebut.
“Cantik berseri penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dengan Busana Puteri sebagai Pembawa Jalur Gemilang ?? mengetuai perarakan masuk Kontinjen Malaysia,” tulis Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
“The music was beautiful. Nur Dhabitah in her costume, very pretty,” ujar seorang wargamaya.
“Dhabitah comel!!!! Lepas habis opening terus boleh balik dgn 2 EMAS,” puji seorang wargamaya.
“Please dhabitah the cutest! Look at her in our traditional outfit,” kata seorang wargamaya.
“Cantiknya Dhabitah and of course pakaian Malaysia sentiasa segak. Ayuh Malaysiaku. All the best!!” sokong seorang wargamaya.
Prestasi kontinjen Malaysia cukup cemerlang dengan sembilan emas, tiga perak dan enam gangsa untuk berada di tangga kedua keseluruhan di belakang tuan rumah, 10 emas, tujuh perak dan 10 gangsa manakala Indonesia di tempat ketiga, tiga emas dan empat perak.
Sukan terjun yang menutup tirai pertandingan semalam, berjaya meraih lapan emas, tiga perak dan satu gangsa sekali gus mengekalkan status juara bertahan keseluruhan secara berturut-turut sejak 2005.
Selain daripada sukan terjun, Malaysia setakat ini turut meraih satu emas daripada sukan silat menerusi acara ganda putera yang disumbangkan Mohd. Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga.
Untuk temasya kali ini, kontinjen Malaysia disertai 859 orang yang merangkumi 584 atlet, 217 pegawai dan 58 sekretariat dengan sasaran diletakkan meraih 36 pingat emas dalam 37 acara disertai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live