Laman Utama
Kontroversi Penyampai Berita & Isu Kompaun RM50,000, Astro Awani Akan Beri Kerjasama Penuh Kepada PDRM
Saluran berita utama dan hal ehwal semasa, Astro Awani berjanji akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Hal itu ekoran siasatan terhadap kontroversi penyampai berita AWANI 745 mengenai isu kompaun RM50,000 peniaga kecil di Kelantan seperti yang tular baru-baru ini.
Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail dalam satu kenyataan memberitahu pihak mereka akan sentiasa komited memperkukuh jalinan kerjasama antara masyarakat dan PDRM.
"Astro Awani akan memberi kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan berkaitan kontroversi penyampaian berita AWANI 745 mengenai isu kompaun RM50,000 terhadap dua peniaga kecil di Kelantan.
"Kami sentasa berpendirian bahawa institusi kepolisan negara yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat perlu sentiasa dihormati da dipelihara setiap masa.
"Sebagai saluran berita utama dan hal ehwal semasa, Astro Awani terus komited bersama memperkukuh jalinan kerjasama yang sedia erat antara masyarakat dan PDRM melalui pemberitaan yang beretika, seimbang dan berkualiti," tulis kenyataan itu.
Terdahulu PDRM sudah membuka kertas siasatan terhadap kes pembaca berita sebuah stesen televisyen yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.
Kertas siasatan kes berkenaan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, sehingga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Jelas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, tindakan pembaca berita itu menimbulkan fitnah dan kebencian masyarakat terhadap pihak penguat kuasa, terutama pasukan PDRM.
Must-Watch Video