Pelawak, Chot XOXO perlukan sedikit masa untuk bertenang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan kontroversi yang membabitkan perkahwinan baharunya dengan isteri, Zurina Badron.
Chot atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan yang kini bergelar suami kepada Zurina yang juga kakak kepada penyanyi, Syura Badron berkata, dia tidak dapat mengulas lanjut dalam situasi sekarang.
"Buat masa sekarang, saya tak dapat nak mengulas lanjut atau keluarkan sebarang komen. Saya perlukan sedikit ruang dan waktu," katanya seperti dilapor Harian Metro.
Terdahulu, bekas isterinya, Siti Zafirul Azzah atau Jaja, memuat naik hantaran di Instagram, mendakwa persoalan mengenai kekacauan dalam rumah tangga mereka.
BACA: [VIDEO] “Hadirnya Orang Ketiga Atas Kebahagiaan Saya"- Chot Bernikah Dengan Kakak Penyanyi, Bekas Isteri Dedah Status Rumah Tangga
Jaja yang juga peserta program nyanyian Getaran Jiwa 2022 itu mengingatkan agar bekas suaminya tidak lupa akan tanggungjawab untuk membayar nafkah kepada anak mereka.
"Beribu-ribu tahniah Hazmeer dan Zurina Badron. Semoga bahagia di atas air mata orang lain. Perasaan anak, langsung tak hiraukan.
"Ada anak 'instant', jangan lupa jenguk anak sendiri. Selepas ini, nafkah anak jangan lupa pula," tulisnya.
Sementara itu, Zurina memuat naik hantaran di Instagram Story dan mengucapkan terima kasih kepada keluarganya atas kata-kata semangat yang diberikan.
"Terima kasih mak, ibu dan ayah untuk doa, restu dan kata-kata semangat yang tak pernah putus buat kami. Semoga Allah memberkati ikatan ini hingga ke syurga. Amin. Saya sayang kamu, suami, Chot XOXO," tulisnya.
Sumber: HARIAN METRO
Gempak
Sun Jan 29 2023


Lapangan Terbang Huru Hara, Penumpang Bawa Pulang Siput Ba*i Gergasi Untuk Dimakan
Aduh nervous betul bila jadi macam ni.

"Tengok Jodoh Macam Mana, Rasa Sayang Itu 50-50” - Hafidz Roshdi
Semoga dipermudahkan

Pasang Impian Jadi Penari Balet & Bekas Juara Miss Malaysia, Jom Semak Fakta Menarik Tentang Michelle Yeoh, Pelakon Asia Pertama Menang Oscar!
Hebat!

Banyakkan Pahala Ramadan Ini Dengan Menderma Pada Yang Memerlukan, Ini 6 Bentuk Amalan Oleh Peduli Insan Yang Boleh Diinfaq
Ini 6 Bentuk Amalan Oleh Peduli Insan Yang Boleh Diinfaq

“Saya Mahu Berjumpa, Tapi Dia Tolak” - Aaron Aziz Sedia Berdamai Dengan Syamsul Yusof
Semoga dipermudahkan

Keluarga Reda… Abang Stacy Meninggal Dunia
Takziah buat keluarga Stacy...

Tak Sempat Sampai Majlis Pengebumian Nenek, Pemain Badminton Dan Ibu Meninggal Dunia Akibat Kemalangan
Allahuakhbar... Al-Fatihah...

“Saya Reda Dengan Qada & Qadar”- Adi Putra Mengesahkan Nama Tiada Dalam Mat Kilau 2
Tiada rezeki Adi kali ini

"Hubungan Juga Sudah Tidak Baik" - Peguam Jelaskan Diana Danielle Bayar Sewa Rumah, Ada Hak Halang Farid Kamil Masuk
Penjelasan peguam mewakili Diana.

Kecoh Tersebar Gosip Son Ye Jin Minta Cerai Sebab Hyun Bin Kuat Berjudi
Harap semuanya baik-baik sahaja.