gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Kontroversi Permohonan Trademark ‘Daging Harimau Menangis’ Mak Neelofa, Ramai Tak Perasan Sebenarnya….

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
12/01/2021
14:33 MYT
Sponsor Banner
Kontroversi Permohonan Trademark ‘Daging Harimau Menangis’ Mak Neelofa, Ramai Tak Perasan Sebenarnya….
Sejak petang tadi, kecoh di laman sosial Twitter mengenai permohonan cap dagangan (Trademark) ‘Daging Harimau Menangis’ keluaran Noor Khan Enterprise milik ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed.
Kontoversi bermula apabila permohonan Noor Kartini untuk mendapatkan cap dagangan bagi 'Daging Harimau Menangis' Aunty Tini Kitchen menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) ,tular di laman sosial tersebut.
Seorang warga Twitter @azrulhaqim menerusi bebenangnya meluahkan pandangan tidak bersetuju sekiranya bahagian daging lembu yang dipanggil ‘harimau menangis’ tersebut dipatenkan.
Ciapan tersebut telah diulang kicau sebanyak 5,500 ribu kali dan mendapat lebih 7,000 tanda suka dengan 120 komen ketika artikel ini ditulis.
Di ruangan komen, warga Twitter mula berdebat mengenai perkara tersebut dan mula bersetuju dengan pendapat @azrulhaqim.
Rata-ratanya berpendapat tidak logik untuk mempatenkan nama bahagian daging tersebut kerana ia telah digunakan bertahun-tahun lamanya.
Ni trade mark utk logo & representation in words HARIMAU MENANGIS? Variation still applied ke? Contoh Harimau Menangis or harimau menangis. Mcm tk logic je nk patern existing words. Mcm McD nk patern word burger or KFC with drumstick. Confirm tk lps utk patern.
— PU Khee Mark (@PUnunggangAgama) January 12, 2021
habisla nanti nak sebut harimau menangis sebab nampak harimau menangis kat zoo pun kena fikir lima belas kali.
— An. (@anisjaffar_) January 12, 2021
"Harimau menangis" ni nama bahagian daging pada lembu. Suka hati kapitalis dia je nak trademark-kan
— Jo (@HopesoJo) January 12, 2021
Bagaimanapun menerusi pemerhatian Gempak pada foto yang dimuat naik seorang lagi warga Twitter dikenali sebagai @pakeri, butiran menunjukkan Noor Khan Enterprise telah mempatenkan ‘stylish’ melibatkan logo atau tulisan pada bungkusan produknya.
“Rasanya nama tu tak boleh trademark, yang boleh trademark cuma stylize version bagi tulisan tu. Macam yang dia letak kat myIPO form dia. So orang still boleh guna, cuma bukan versi stylize yang sama. Macam jenama Bo55ku tu,” ciap @shupadupa.
Untuk pengetahuan MyIPO menyediakan perkhidmatan pendaftaran untuk paten, tanda dagangan, reka bentuk industri, petunjuk geografi dan pemberitahuan sukarela hak cipta.
Topic Berkaitan
#Trademark
#Noor Kartini
#Ibu Neelofa
#Cap Dagangan
#Daging Harimau Menangis
#MyIpo
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement