BERITA
"Korang Ingat Anak Aku Tu Drum?" - Ozlynn
Isteri kepada pelawak terkenal Johan, Ozlynn berkongsi sebuah video kelakar menunjukkan anak sulungnya, Ariq mengacau adik bongsunya (Moleiq) yang sedang tidur.
Video itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Dalam video itu, Ariq seakan memukul drum di bahagian belakang adiknya itu.
"Nanti ada dua beranak (Ariq dan Johan) ni aku luku, korang ingat anak aku tu drum? Kesian Moleiq Ayang Ma.
"Diorang selalu buat Moleiq, I nak anak perempuan dilayan macam princess, ini macam anak lelaki yang diorang layan, yang peliknya Moleiq tidur pula tu.
"Ada tak suami sesiapa macam ni? Bila back up anak lelaki pun join sekaki?" tulis Ozlynn sebagai kapsyen.
Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq dan Moleiq.
Must-Watch Video