Laman Utama

"Korang Nak Kirim Apa-Apa Tak?" - Caprice Beri 'Hint' Nak Balik Malaysia, Bakal Lancar Single Terbaru!

gempak
Asraf Aided
18/08/2021
00:40 MYT
Sponsor Banner
"Korang Nak Kirim Apa-Apa Tak?" - Caprice Beri 'Hint' Nak Balik Malaysia, Bakal Lancar Single Terbaru!
Rapper dan usahawan Caprice memberi bayangan akan pulang ke tanah air tidak lama lagi selepas hampir dua bulan berada di Mesir.
Menerusi Instagram, Caprice berkongsi foto paparan skrin persoalan netizen di Twitter yang dipercayai berkaitan dengan dirinya.
"Kalau Isnin tukar kerajaan nanti topi nasi balik Malaysia la kan," tulis netizen terbabit.
Tidak berdiam diri, Caprice menulis respon balas di ruangan kapsyen.
"Man...I hate being right...Korang nak kirim apa-apa tak dari sini?" tulisnya.
Sementara itu, Caprice turut memuat naik video beserta potongan lagu terbarunya yang bakal dilancarkan kira-kira 10 hari lagi (dari tarikh dimuat naik).
Hasil tinjauan Gempak, rata-rata netizen meninggalkan respon positif terhadap potongan lagu yang diperdengarkan itu.
Ada juga yang memuji Caprice dapat melakukan kerja walau di mana dia berada.
Terdahulu, Caprice berangkat ke Mesir untuk menjalani misi kemanusiaan di Gaza namun gagal memasuki wilayah bergolak itu.
Kontroversi juga tercetus apabila Caprice menyebut nama Ebit Lew yang menyentuh tentang misi kemanusiaan pendakwah bebas itu di Gaza baru-baru ini.
Selain itu, Caprice pernah mengatakan tidak akan pulang ke Malaysia selagi kerajaan tidak bertukar.
Kemarin, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap baginda di Istana Negara pada Isnin.
Tindakan itu menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan apabila tidak lagi memiliki majoriti di Parlimen selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan.
Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 29 Februari 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024