Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James terkilan apabila profilenya di enjin carian Google dikemaskini sebagai nude model (model bogel).

Baru menyedarinya baru-baru ini, lebih menyakitkan hati apabila data tersebut tidak boleh disunting.

"Korang tak ada kerja lain ker nak buat? Apa ni? Kenapa sanggup buat begini pada saya dan kunci informasi ini?

"Apa salah saya pada kamu dan keluarga kamu? Cukup-cukuplah cyberbully saya," tegasnya.



Untuk rekod, Francisca, 25, memulakan kerjayanya sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat sebelum menyertai pertandingan ratu cantik.

Francisca yang masih berada di Amerika Syarikat merupakan kaum Dayak pertama yang berjaya meraih gelaran Miss Universe Malaysia.

Baru saja selesai bertanding di pentas Miss Universe 2020 yang mana menyaksikan Miss Mexico, Andrea Meza dinobatkan sebagai Miss Universe 2020.