Laman Utama
Korea Dan Jepun Dah Ready Nak Say Hello To Pelancong Malaysia, Love!
Hello kaki travel, ada satu lagi berita gembira buat anda yang suka melancong.
Berita mengenai kerajaan Malaysia mengumumkan pembukaan semula sempadannya pada 1 April disambut baik oleh wakil pertubuhan pelancongan Korea Selatan dan Jepun di ibu negara.
Pengarah Urusan Pertubuhan Pelancongan Korea (KTO) Malaysia & Brunei, Yang Kyung Soo, berkata langkah itu seperti "membuka pintu" untuk lebih ramai pelancong Malaysia melawat tanah airnya.
Seperti Malaysia, negaranya juga membuka pintu sempadan kepada pelawat berkuat kuasa 1 April, ditambah dengan KTO yang secara konsisten mempromosikan produk budaya dan pelancongan Korea Selatan sepanjang pandemik itu.
Minat yang ‘menular’ terhadap aliran Hallyu atau Gelombang Korea dalam kalangan rakyat Malaysia membantu mewujudkan permintaan dengan Korea Selatan menjadi destinasi yang dicari dan menjadi antara pilihan teratas rakyat Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka yang seterusnya.
"Sepanjang tempoh pandemik, kami melihat semakin ramai rakyat Malaysia menikmati pelbagai K-drama, K-movie, kandungan K-pop dan K-food.
“Ramai daripada mereka ingin ke Korea Selatan dan merasai sendiri pengalaman Korea sebenar seperti yang ditonton di skrin.
"Itulah sebabnya tahun ini kami mengadakan promosi secara khusus destinasi pelancongan yang pernah dilihat dalam K-drama, K-movies dan lain-lain.
"Sebagai contoh, kami mengadakan promosi ‘Peraduan Susunan Perjalanan Hallyu Korea’ yang membolehkan peserta membuat jadual perjalanan Korea mereka sendiri berdasarkan lokasi K-drama dan rakaman video kegemaran mereka, dan memenangi hadiah,” kata Kyung Soo kepada seperti yang dilapor Bernama.
Kyung Soo berkata, meskipun industri pelancongan akan mengambil sedikit masa untuk pulih berikutan SOP dan sekatan perjalanan, beliau optimis dengan sambutan itu dan yakin pengembara tidak sabar untuk datang ke Korea Selatan.
BERNAMA
Must-Watch Video