“Koyak To You Too” - Troll Jabatan Netizen Malaysia Memang Power, Sampai Trending Lah!
Berikutan itu, platform media sosial kini telah ‘dibanjiri’ dengan pelbagai sokongan dan solidariti netizen terhadap nasib rakyat Palestin.
Namun, apa yang menariknya, netizen Malaysia turut menyerang beberapa posting yang dibuat rakyat Israel sendiri.
Antara yang menjadi mangsa adalah individu dikenali sebagai Ido Daniel.
Isu tercetus apabila posting Ido dihujani dengan pelbagai kritikan dan kebanyakannya daripada Malaysia.
Susulan berkenaan, seorang netizen Malaysia tampil membalas menggunakan perkataan koyak.
“Haa koyak” katanya.
So I see that many people in Malaysia are RT’ing this koyak nonsense.
Ciapan tersebut kemudian viral dan telah menerima lebih 10,000 likes.
Pergaduhan di Twitter itu kemudian menjadi semakin panas apabila Ido membalas ‘koyak to you too’.
Malah, perkataan koyak telah trending di platform Twitter.
Apapun, sama-sama kita doakan semoga rakyat Palestin terus diberi kekuatan.