KPM Mansuh Peperiksaan Di Sekolah Untuk Kurang Stres Murid, Rita Rudaini: “Peperiksaan Patut Kekal, Silibus Mengarut Yang Patut Tukar”
Tak Patut Mansuh
Menurut Rita, dia menyifatkan keputusan memansuhkan peperiksaan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) kurang baik sebaliknya silibus yang harus diperbaiki.
“Peperiksaan tu tak stress, yang stress tu silibus. Tolong jangan beratkan silibus anak-anak.
“Peperiksaan patut dikekalkan, silibus mengarut itu yang patut ditukar.
“Bukan murid-murid je yang stress. Dengan mak pak sekali stress. Tak tau nak ajar satu hal. Cari duit lebih nak bayar cikgu tuisyen, satu tekanan pada ibu bapa,” ujarnya.
Tanya Pendapat Warga Pendidik
Dalam pada itu pelakon filem Mami Jarum itu turut berpendapat pihak kementerian sepatutnya mendapat pandangan daripada warga pendidik mengenai isu tersebut.
“Lebih elok tanya pandangan dan pendapat dari pendidik-pendidik yang lebih arif dan bijaksana dalam bidang mereka. Apa nak jadi,” katanya lagi.
Simpati Dengan Nasib Guru
Ibu kepada dua cahaya mata itu turut bersimpati dengan nasib warga pendidik susulan pemansuhan peperiksaan tersebut pada 2022.
“Cikgu-cikgu belum sempat nak hafal dan hadam sistem yang lama. Dah tukar yang lain pula.
“Payah-payah mansuhkan sekali SPM untuk elak murid stress.
“Kita ibu bapa ni yang tertekan. Cikgu-cikgu tak tahu lah rasa macam mana,” tutupnya.
UPSR mula diperkenalkan pada 1988 dengan tujuan asas pada ketika itu adalah 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.