,
Laman Utama

Kreatif! Sembang GKP 4.0 Tengku Zafrul & Cik Yah Sempoi Habis

Maliah Surip
22/09/2021
01:45 MYT
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz dikenali sebagai salah seorang menteri yang sangat mesra rakyat, prihatin dan kreatif dalam menyampaikan maklumat kepada umum.
Selain memiliki beberapa medium media sosial termasuk TikTok yang diikuti lebih puluhan ribu pengikut, Tengku Zafrul juga sangat aktif dalam interaksi secara maya.
Terkini, aksinya dalam sebuah video dimuat naik akaun animasi Cik Yah di laman Instagram mencuri tumpuan.
Hal itu kerana Tengku Zafrul dilihat memberi penjelasan berhubung Bantuan Geran Khas dengan cara yang cukup santai.
Menerusi video berdurasi 4 minit 59 saat tersebut, Tengku Zafrul berbicara dengan Cik Yah mengenai bantuan GKP 4.0. Pada ruangan kapsyen, Cik Yah mengaku menjadi orang tengah dalam menyampaikan maklumat yang disalurkan kerajaan kepada penduduk kampungnya.
"Dekat kampung ni ramai jugak yang meniaga kecil-kecilan…jadi bantuan untuk peniaga kecil (GKP 4.0) ni serba sikit dapatlah ringankan beban diorang…
"Penduduk Kampung Gajah Termenong ni ada yang langsung tak tahu menahu pasal bantuan ni… jadi Cik Yah ler yang jadi orang tengah, bantu salurkan maklumat berkaitan bantuan yang kerajaan bagi ni," tulisnya.
Lantas menteri kita pun membuat penerangan dengan jelas buat semua. Penerangan yang agak comel itu dilakukan dengan tujuan bagi memudahkan orang ramai terutama di luar bandar untuk memahami proses bantuan berkenaan.
Tengku Zafrul antaranya dilihat menyentuh tentang mana-mana individu yang pernah membuat permohonan sebelum ini akan menerima bantuan secara automatik.
Pada masa sama beliau mengingatkan orang ramai agar merujuk kepada portal GKP sekiranya timbul sebarang persoalan bagi mendapatkan penjelasan.
Antara aksi yang paling mencuit hati adalah saat beliau menyampaikan salam kononnya buat seluruh penduduk Kampung Gajah Termenong di mana Cik Yah merupakan naib pengerusi mereka.
Konsep yang ditampilkan ini bukan sahaja mudah difahami tetapi kreatif dan sempoi habis!
Sebelumnya, admin akaun ini yang membahasakan dirinya Cik Yah mengucapkan terima kasih kepada menteri kesayangan ramai ini kerana sudi video call bersamanya.
Cik Yah juga secara berseloroh mengaku sampai pengsan si Sal sebab dapat video dengan “crush” dia!
Instagram: @cikyahofficial
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Hantaran Di IG Astro Malaysia Digodam & Tiba-Tiba Jadi Kabur... Apa Dah Jadi Ni?

gempak
05/09/2024
10:18 MYT
Sempena minggu akhir drama Dari Mata Turun ke Hati, Astro Malaysia telah memuatnaik 9 video memaparkan sedutan drama tersebut di Instagram.
Berita

“Terima Kasih Malaysia Atas Bantuan, Sokongan Diberikan” - Warga Palestin

gempak
05/09/2024
05:25 MYT
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin", kata Banan Salmi Ahmad Abu Ratimah, 28, ketika ditemui di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Viral

"Saya Tiada Niat Nak Menggoda Sesiapa" - Adib Bananadibs

gempak
03/09/2024
09:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan muda, Adib Bananadibs tidak terfikir foto bersinglet yang dikongsikan di platform media sosialnya punyai niat tersembunyi.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Sempena Birthday Jebat, Mahu Anak Hormati Orang Tua - "Macam Semalam Rasanya Baba Dukung Cek"

gempak
30/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran keenam anak kesayangannya, Jebat Jayden.
Berita

Visa Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Dilanjut Sebulan

gempak
26/08/2024
10:25 MYT
Ahli keluarga mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, menerima lanjutan visa Pas Lawatan Sosial (PLS), bermula Isnin.