gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bukan Disebabkan Kehamilan, Amyra Rosli Alami Pendarahan Secara Tiba-Tiba Akibat… - “Menurut Doktor…”
HIBURAN
"Tekak Terganggu, Cari Makanan Halal Payah" - Amsyar Lee
HIBURAN
14 Tahun Berkawan, Anas Zahrin Jawab Tuduhan Bercinta Dengan Cik Epal Hanya Untuk Gimik - “Yes, I Do Love Her…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Kreatif Tapi Tetap Tegas, Ini 5 Guru Paling Popular Di Media Sosial

gempak
Amri Hassan
16/05/2020
06:14 MYT
Sponsor Banner
Kreatif Tapi Tetap Tegas, Ini 5 Guru Paling Popular Di Media Sosial
Siapa tak pernah kena denda dengan cikgu? Pastinya ilmu yang kita timba saban waktu di bangku sekolah menjadi pengajaran paling bermakna untuk kita apabila dewasa.
Benar kata pepatah guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.
Masa silih berganti, tahun 2020 menyaksikan pelbagai inovasi yang dilakukan guru muda untuk memberikan pendidikan secara optimum kepada pelajar.
Ada yang menyebarkan ilmu menggunakan kecanggihan teknologi serta media sosial, ada juga yang masih menggunakan teknik sedia ada.
Berikut Gempak senaraikan bakti guru muda yang mencipta peminat dan mencuri hati ramai tahun ini.
1. MK Izzuddin
Kisah guru bernama Mohd Khairul Izzuddin Shaari yang mengajar di pedalaman ini sangat memberikan inspirasi kepada pelayar Twitter.
Kehidupannya setiap hari keluar rumah dan mengembara ke sekolah di pedalaman ibarat satu garis masa yang unik untuk disaksikan.
Yang botak tu housemate aku. Sorang lagi takde dlm gambar. Kadang-kadang aku ajak je diorang puasa. Memang bangun sahur apa semua, tapi tengahari diorang pergi makan ngan budak kat asrama??‍♂️??‍♂️Tahun ni alhamdulillah, dapat puasa ngan family. Yeayy☺️☺️ pic.twitter.com/Wc9CfG2Fcv
— M.K Izzuddin (@k_izzuddin) April 22, 2020
Guru itu mencuri perhatian netizen baru-baru ini apabila berkongsi luahan hatinya yang kesal dengan sikap murid sekolah yang enggan melakukan kerja rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tergamak tau korang. Remuk hati cikgu-cikgu baca semua.?? Pagi petang siang malam cikgu korang berjaga, pulun cari bahan, sediakan pdpc untuk pastikan korang tak ketinggalan. Ini yang korang balas. Patut pun mak bapak merentan. Perangai anak-anak macam ni. pic.twitter.com/QKjf4iGoid
— M.K Izzuddin (@k_izzuddin) May 12, 2020
2. Fathi Hussein
Senang sungguh apabila melihat guru muda ini mengajar dan memberikan formula Matematik Tambahan di media sosial Instagram mahupun Twitter.
Rasa-rasanya yang bukan murid sekolah pun boleh jadi pandai kalau ikut sama belajar bersamanya.
Sempoi rasanya apabila belajar di luar bilik darjah.
View this post on Instagram
Info Biar Tepat, Adab Biar Bertempat . btw, @mathsclinic.official ada 70% off for Feb registration! GO! ? . and @sirpuloh akan buat seminar sabtu ahad ni di UPM! sy pn ada! ? #kesalahankebanggaan #janjitakjudge #inisoalanspm #mathsanova
A post shared by MFath (@fathihussein) on Feb 25, 2020 at 2:06am PST
Lebih menarik perhatian apabila setiap videonya terkandung nasihat, pick up line dan pelbagai teguran.
3. Mas Faiz Hakim
Semakin hari semakin kuat tarikan kimia guru muda bertubuh tegap ini!
Ya, guru kimia dan fizik yang kerap berkongsi video di media sosialnya itu semakin mencuri perhatian.
Apatah lagi kebanyakan topik mengenai sebatian dan campuran kimia itu berkait rapat dengan situasi semasa yang berlaku di sekeliling kita.
View this post on Instagram
You must be made of Sodium, right ? Cause all i can see is I and U together. ? . Topik: Mencari Persamaan Kimia Antara Kita Berdua ?? . Dengar kata, PKP fasa 4 ada kelonggaran keluar berdua. Jom ikut saya beli barang nak ? Tapi syaratnya kena jadi orang rumah dulu lah. Ehh. . Khas untuk SEMUA pelajar yg mengambil jurusan Kimia tak kiralah di peringkat SPM atau Universiti, knowing how to write chemical equation is massively important. Kimia bukanlah sekadara satu Subjek. Ia merupakan satu bahasa yang baru. Nak belajar bahasa baru kena selalu bercakap, menulis dan berlatih. Faham cara tulis, you are on your way getting A, InshaAllah. ?? . Diinspirasi oleh sir @amirmaaruf dan @fathihussein , hangpa punya persamaan linear best gila ! Bravoooo. Harapnya boleh lah duet dgn idola sekalian.? . P/S: Best jugak tiktok ni. Jangan follow saya pls. Hambar. ? Student saya jemput share post ni dekat story, kita belajar sama sama nahhh. ? . #kurungajar #MCplus #UniversitiMalaya #staysafe #kitajagakita #tiktokkers
A post shared by Mas Faiz Jr. ?? (@masfaizhakim) on Apr 30, 2020 at 2:52am PDT
Dialek utaranya juga menarik perhatian ramai. Such an eye candy!
View this post on Instagram
Sesusah belajar, susah lagi nak mengajar. Well, i miss how chemistry classes used to be with just proton, electron and neutrons. ?Despite of having years of teaching experience, I had to admit this Quantum course is the toughest among all. Tengah mengajar pun boleh lost punya lah susah hahahah time degree tidur manjang dalam kelas, sekarang karma hits back. Jeeemmmm teruiihhh. . Tapi kalau nak abang ajar, boleh ja. Tapi fail jgn koyak sebab benda ni semua dunia. ? . Ignore my excited, tired and pasrah kinda face. Student semua tanya soalan like wait a minute takkan aku ajar 2 jam satu apa pun tak paham siap bersilat lagi depan tu ? One step at a time. As Im looking forward into becoming a great lecturer one day, educating greater future generation. Wish me luck and best of all for you guys too! ???❤️⚡️ . #struggleisreal #roadtoMSc #UniversityMalaya #nerdssssssss #physicalchemistry #QuantumMechanics
A post shared by Mas Faiz Jr. ?? (@masfaizhakim) on Jul 30, 2018 at 3:14am PDT
4. Siti Faridah Matt
Siapa kata musim PKP guru-guru lebih ada banyak masa bersantai dan menonton drama Korea?
Cikgu Siti Faridah sebagai contohnya menggunakan pelbagai inovasi misalnya layar hijau untuk menyampaikan ilmu kepada pelajarnya menerusi sesi kelas virtual.
Guru yang mengajar subjek Kimia dan Sains itu mencuri perhatian ramai serta membuka ruang kepada pendidik lain untuk terus kreatif dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar.
cikgu testing green screen studio di rumah..PKP FASA KE 3 video cikgu dah jadi mcm ni. Agak2 kalau PKP FASA seterusnya rumah cikgu dah jadi studio tv3 agaknyaa.. pic.twitter.com/QGCqymjtgM
— cikgu Siti Faridah (@SitiShare) April 17, 2020
5. Sir Uzairi
Sir Uzairi Taib, pemilik akaun Instagram berjumlah lebih 400,000 pengikut antara yang menjadi perhatian umum sejak tahun lepas lagi.
Kemahirannya mengajar Matematik secara interaktif dan menghasilkan bulatan tanpa menggunakan alat bantuan mengajar menjadi permulaan popularitinya di alam maya.
Malah, guru muda itu lazimnya akan mengaitkan isu semasa remaja kini dalam setiap subjeknya.
View this post on Instagram
never seen a close-up for my #circlechallenge? here you go! ⭕️ anyway, thank you @harvinthskin for being bitter & recording this, thank you @fauziahnawi for accompanying me, & thank you @alifsatar for inviting me to #itsalif show by #ntv7feelit! ? p/s: watch me tonight at 10pm on ntv7 channel 107! pp/s: that’s not even a whiteboard, it’s a piece of paper!
A post shared by Sir Uzairi (@uzairitaib) on Oct 10, 2018 at 6:10am PDT
Percayalah kehidupan guru tidak pernah dipencenkan oleh masyarakat sekalipun mereka sudah lama bersara.
Panggilan guru tersebut akan kekal sehingga ke liang lahad pun pasti dibawa bersama.
Setiap ilmu yang dikendong pelajarmu akan menjadi catatan pahala hingga ke syurga.
Hormati guru, sayangi mereka seikhlas hati.
Selamat Hari Guru!
Topic Berkaitan
#Cikgu Viral
#Fath Hussein
#Sir Uzairi
Must-Watch Video