Krishen Jit Fund telah menganugerahkan geran kepada 11 artis individu penggiat seni.

Dana yang diuruskan oleh Astro dan The Five Art Centre dan disokong oleh Yayasan Creador telah menganugerahkan sebanyak RM86,000 kepada 11 individu yang terlibat dalam seni kreatif.

Penerima kreatif untuk tahun ini adalah Anthony Alexander Chong, Jeffrey Lim, Flux28 Collective, Izat Arif, Rezza Coebar, Fraulina Tajuddin, Gogularaajan Rajendran, Syamsul Azhar Mohamad Azmi, Arief Iskandar Hamizan, Susan Philip dan Komeil Zarin.

Pemilihan tersebut dilakukan okeh para panel yang terdiri daripada wakil terkemuka dalam sektor persembahan dan seni visual.

Panel yang dimaksudkan adalah bekas ketua pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Tan Sri Norliza Rofli, Pengarah Bahagian Peningkatan Seni dan Budaya, Marina Abu Bakar, wakil sekolah seni Universiti Sunway Leow Puay Tin dan Penolong Kanan Naib Presiden Tanggungjawab Korporat dan Komunikasi Astro, Jolyn Gasper.

Terdahulu, dana tersebut telah memberikan sebanyak 68 geran berjumlah RM489,000 pada tahun 2006 dan 2020.

Ditubuhkan pada tahun 2006 sebagai penghormatan kepada penggiat seni iaitu mendiang Datuk Krishen Jit yang telah memberi sumbangan besar ke arah pembangunan sektor seni Malaysia yang sebenar.