,
Laman Utama

Krishen Jit Fund Anugerahkan 6 Geran Bernilai RM57,000 Kepada Individu-Individu Ini!

Amri Hassan
03/12/2022
16:36 MYT
Astro dengan kerjasama Creador Foundation dan Five Arts Centre telah menganugerahkan enam geran bernilai RM57,000, antara RM5,000 hingga RM15,000 melalui Krishen Jit Fund kepada rakyat Malaysia yang kreatif.
Pada tahun ini, terdapat 62 permohonan dan geran telah diberikan kepada enam penerima geran luar biasa iaitu Taha Long, Deepak Kumaran Menon, Dylan Yeo Kok Siong, Goh Choon Ean, Low Hsin Yin dan Vesant Nair untuk meneruskan minat mereka terhadap bidang seni di Temu-Temu Space, GMBB.
Geran diberikan untuk latihan, bengkel, lampiran atau residensi, produksi eksperimen, penulisan, atau mencipta karya baharu dalam muzik, tarian, teater, filem, visual atau seni persembahan.
Para penerima tersebut telah mempersembahkan hasil yang mengasyikkan, antologi lapan buah filem pendek, drama pentas, penerbitan, permainan atas meja dan filem pendek keluarga/drama menerusi pusingan ini.
Panel Pemilihan untuk 2022 terdiri daripada: Marina Abu Bakar – Pengarah, Bahagian Pemantapan Seni dan Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Malaysia. Jolyn Gasper – Penolong Kanan Naib Presiden, Sustainability, Komunikasi, ASTRO. Maha Subramaniam – Pengurus Program Kanan, Creador Foundation. Leow Puay Tin – Profesor Eksekutif, Pusat Pengajian Seni, Universiti Sunway. Ravi Navaratnam – Ahli, Five Arts Centre.
Krishen Jit Fund ini bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan kepada pengamal seni yang layak demi menggalakkan dan menyokong kerja kreatif dalam semua bidang seni di Malaysia.
Pengumuman Dana berlangsung pada 28 April 2006 demi memperingati ulang tahun pertama kematian Krishen.
Sehingga kini, lebih 80 geran berjumlah lebih RM600,000 telah dianugerahkan kepada generasi-generasi baharu dalam bidang seni.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.
Viral

Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
05/09/2024
11:20 MYT
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.
Terkini

Hantaran Di IG Astro Malaysia Digodam & Tiba-Tiba Jadi Kabur... Apa Dah Jadi Ni?

gempak
05/09/2024
10:18 MYT
Sempena minggu akhir drama Dari Mata Turun ke Hati, Astro Malaysia telah memuatnaik 9 video memaparkan sedutan drama tersebut di Instagram.
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.