Ahli kumpulan Kristal, Rody menjelaskan kumpulan mereka masih wujud dan bersama di dalam industri seni.

Namun, kini Rody memberitahu mereka sedang berehat sebentar dan belajar memahami apa yang berlaku dalam industri seni tanah air.

“Kristal masih wujud.. Cuma kami berehat sebentar.. Sementara mentelaah industri seni tanah air kita..

“Aku tau masih ramai yang menyokong.. Cuma.. Kami ni bukanlah lahir dari Youtube.. Kebanyakkan lagu yang nak AirPlay kat radio mesti lah kena banyak viewers!” tulisnya.

Kristal berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menurut pemain gitar utama kumpulan itu, radio adalah platform utama yang membantu karya mereka dimainkan dan dikenali.

“Memang orang kata kalau lagu sedap.. Orang suka pasti akan banyak view.. Cuma radio itu adalah platform untuk kami ini mendapat sokongan untuk berkarya.. Lagu kalau di putarkan kerap lama-lama boleh jadi sedap didengar juga..

“Bantulah juga yang buat sendiri.. baru buka company kecil- kecilan ni.. yang belum ada modal nak buat promosi besar-besaran.. Bila lagu dimainkan akan banyaklah jemputan show..

“Dapatlah dijadikan modal untuk company.. Ini lah yang orang kata company besar dah tentu bertambah kaya.. yang kecil-kecil ni makin di bawah..

“Aku pernah ade artis-artis buatkan single.. Turun sendiri pergi hantar single dorang ni kat produser-produser radio.. Manis berkata.. Kita balik terus dilupakan.. Jadi kesimpulannya.. Bantulah.. Kongsi rezeki..” katanya lagi.

Terbaharu Kristal turut dianggotai oleh Kecik Ogie, Kechiq dan Acap selepas bekasl vokiliasnya, Lan mengambil keputusan bergerak solo.

KRISTAL masih wujud.. Cuma kami berehat sebentar.. Sementara mentelaah industri seni tanah air kita.. Aku tau masih ramai yg menyokong.. Cuma.. Kami ni bukanlah lahir dari Youtube.. Kebanyakkan lagu yg nak AirPlay kat radio mesti lah kena banyak viewers! Memang org kata kalau lagu sedap.. Org suka pasti akan byk view.. Cuma.. Radio itu adalah platform utk kami ini mendapat sokongan untuk berkarya.. Lagu kalau di putarkan kerap lama2 boleh jadi sedap di dengar juga.. Bantulah juga yg buat sendiri.. baru buka company kecil kecilan ni.. yg belum ada modal nak buat promosi besar besaran.. Bila lagu di mainkan akan byk lah jemputan show.. dapatlah di jadikan modal utk company.. Ini lah yg org kata company besar dah tentu bertambah kaya.. yg kecil2 ni makin di bawah.. Aku pernah ade artis2 buatkan single.. Turun sendiri pergi hantar single dorang ni kat producer2 radio.. Manis berkata.. Kita balik terus di lupakan.. Jadi kesimpulannya.. Bantulah.. Kongsi rezeki.. #rezekiallahluas

A post shared by official rody kristal (@rodykristal) on