Berita

"Kuah Saya Basi a.k.a Sperma Saya Tak Sihat..." - Dr Say Bakal Anjur Forum Kesuburan

gempak
Syafiqah Jalal
17/05/2019
07:13 MYT
Sponsor Banner
"Kuah Saya Basi a.k.a Sperma Saya Tak Sihat..." -  Dr Say Bakal Anjur Forum Kesuburan
Selepas menimang cahaya mata pertama pada 5 Mei lalu, pengacara My Doctors, Dr. Say berkata dia mahu membantu pasangan berkahwin lain yang sudah lama mengidam untuk mendapat zuriat.
Menurut Dr. Say dia bersimpati apabila didatangi pasangan yang meminta dan berharap mendoakan mereka dapat menimang cahaya mata sepertinya.
Justeru, Dr, Say berkata dia akan mengadakan satu forum yang membincangkan mengenai ketidaksuburuan buat pasagan yang sudah berkahwin lebih daripada setahun.
“Kepada yang baru follow saya mesti kalian wonder "apa yang special sangat diorg ni? Ramai je orang lain bersalin hari-hari, tak kecoh pun". Well new followers, ini merupakan baby pertama kami setelah 5 tahun berkahwin. Nak dipendekkan cerita, kuah saya basi a.k.a sperma saya tidak sihat a.k.a saya kurang subur. Kalian boleh gelak sekuat yang kalian mahu sebab yelah "badan je tuff tapi tak subur poorah" tapi ketidaksuburan di kalangan lelaki is REAL & it's INCREASING.
“Pernah saya buat post pasal kuah basi saya pada September tahun lepas & sejak tu, cukup ramai pasangan yang dm saya menceritakan masalah cuba mendapatkan zuriat (trying to conceive) masing-masing. Ada yang dah 15tahun mencuba tapi tidak berjaya, ada yang umur baru 35 tahun tapi sudah berputus asa, paling menyedihkan ada yang hubungan suami isteri binasa akibat tiada cahaya mata. Sampai ke hari ni saya masih dapat dm berbunyi "congratulations doc, DOAKAN KAMI PULA". Cukup sayu saya baca tapi apakan daya, tangan saya hanya dua.
“Maka its time to give back to community cause saya nak tolong sangat pasangan yang sedang mencuba. Sekiranya kalian sudah berkahwin lebih dari setahun, "bersama" 2-3kali seminggu tanpa perlindungan tapi masih tidak berjaya mendapatkan cahaya mata, maka kalian jatuh dalam definisi pasangan tidak subur. InsyaAllah saya bersama pakar fertility akan membuat satu forum membincangkan topik ketidaksuburan ni lepas raya kelak & saya harap sangat kepada pasangan yang sedang mencuba untuk turut serta kerana nikmat cahaya mata tu cukup berbeza perasaanya.
“Ni masih dalam perancangan tapi sekiranya kalian berminat, please comment down below supaya saya boleh budget berapa besar tempat yang saya & pakar saya perlu sediakan. Ingat peeps, demi cahaya mata, jangan sesekali kalian berputus asa,” tulisnya.
Dr. Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Rata-rata pengikutnya bersetuju dan gembira dengan cadangan Dr. Say tersebut.
Malah ramai yang mendoakan kesejahteraan Dr. Say atas niat baiknya itu.
Dr. Say dan pasangan dikurniakan cahaya mata selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Topic : Time To Give Back . Kpd yg baru follow sy mesti kalian wonder "ape yg special sgt diorg ni? Ramai je org lain bersalin hari2, xkeco pun". Well new followers, ini merupakan baby pertama kami setelah 5 tahun berkahwin. Nak dipendekkan cerita, kuah sy basi a.k.a sperma sy tidak sihat a.k.a sy kurang subur. Kalian bley gelak sekuat yg kalian mahu sb yelah "bdn je tuff tp xsubur poorah" tp ketidaksuburan di kalangan lelaki is REAL & it's INCREASING. . Pernah sy buat post psl kuah basi sy pd September tahun lepas & sejak tu, cukup ramai pasangan yg dm sy menceritakan masalah cuba mendptkn zuriat (trying to conceive) masing2. Ada yg dh 15tahun mencuba tp tidak berjaya, ada yg umur baru 35 tp sudah berputus asa, paling menyedihkan ada yg hubungan suami isteri binasa akibat tiada cahaya mata. Smpi ke hari ni sy masih dpt dm berbunyi "congratulations doc, DOAKAN KAMI PULA". Cukup sayu sy baca tp apakan daya, tangan sy hanya dua. . Maka its time to give back to community cz sy nk tlg ssgt psgn2 yg sedang mencuba. Sekiranya kalian sudah berkahwin lebih dari setahun, "bersama" 2-3kali seminggu tanpa perlindungan tp masih tidak berjaya mndptkn cahaya mata, maka kalian jatuh dlm definisi pasangan tidak subur. InsyaAllah sy bersama pakar fertility akan membuat satu forum membincangkan topik ketidaksuburan ni lpas raya kelak & sy harap ssgt kpd psgn yg sdg mencuba utk turut serta krn nikmat cahaya mata tu cukup berbeza perasaanya. . Ni masih dlm perancangan tp sekiranya kalian berminat, please comment down below supaya sy boleh budget berapa besar tempat yg sy & pakar sy perlu sediakan. Ingat peeps, demi cahaya mata, jgn sesekali kalian berputus asa.
A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live