,
Laman Utama

Kuasa Viral Radio: Makin Didengar Makin Diingati!

Fiza Kamarudin
21/10/2021
02:27 MYT
Sedar atau tidak kuasa yang dimiliki radio mampu memberikan impak positif kepada sesebuah perniagaan?
Selain berperanan sebagai medium menyampaikan informasi kepada para pendengarnya, ia berfungsi dalam mempromosikan iklan atau jenama sesuatu produk yang akhirnya menjadi halwa telinga ramai.
Ia turut membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat terperinci tentang seseuatu produk walau di mana sahaja anda berada tanpa perlu melihat atau menyentuhnya secara langsung dengan menggunakan gaya bahasa santai, mudah difahami dan menarik perhatian.
Dalam pada itu, ia juga merupakan platform terbaik kepada usahawan atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meningkatkan kesedaran (awareness) produk, di samping meluaskan kuasa pembeli.
Antara kelebihan yang boleh dimanfaatkan daripada radio adalah melalui jingle, iaitu urutan bunyi pendek yang ‘catchy’ dan senang ‘lekat’ di kepala dan disampaikan dengan bersama-sama melodi serta suara.
Selain itu, radio juga menawarkan kandungan menarik lain seperti program bual bicara, perbincangan podcast atau dalam bentuk lagu.
Contoh yang signifikan dapat dilihat melalui bisikan slogan (trademark) yang digunakan oleh jenama kurma terkenal, Yusuf Taiyoob.
Apabila ia dimainkan di corong-corong radio, pasti ramai sudah mengetahui akan kewujudan kurma tersebut, sekali gus sinonim dengan ketibaan bulan Ramadan.
Namun, apakah formula tententu dalam memasarkan produk di radio? Berapa pula bajet yang perlu dikeluarkan?
Gaya bahasa apa yang sesuai digunakan untuk mengiklankan produk? Mampukah ia mencapai audien yang disasarkan?
Apakah pula pilihan ditawarkan kepada usahawan atau PKS yang inginkan pendedahan melalui platform tersebut?
Jangan risau, pada 26 Oktober ini, jam 11pagi semua akan terjawab apabila anda menyertai diskusi secara mendalam menerusi LINC@AWANI untuk membincangkan isu “Kuasa Viral Radio - Makin Didengar Makin Diingati!” oleh DJ Fuzz, Pengarah Mixology Music & Mixology Media, Haniff, Penyampai Radio Johara Pagi ERA, Adzim dan Shazrin, Pengasas Bersama Anggun, Wendy Yaw, Ketua Jualan (Perkembangan Perniagaan Baru), Astro Media Solutions dan Penyampai Astro AWANI, Dino Omar.
Daftar sekarang di www.linc.astroawani.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Siaran Khas Haji Di Astro Awani Tiga Kali Sehari!

gempak
08/06/2024
16:31 MYT
Saluran berita paling dipercayai di Malaysia, Astro AWANI, kini menyiarkan perkembangan musim haji tahun ini menerusi siaran 30 minit, Berita Terkini Haji: Jejak Al Haramain, sebanyak tiga kali sehari, iaitu pada jam 11 pagi, 5 petang dan 11 malam.
Laman Utama

#GMWA2022: Ini Sebab Kenapa Video Swipe Challenge Meerqeen, Neelofa Tunjuk Bilal Tercalon Kategori Video Trending Tergempak!

gempak
16/01/2023
09:50 MYT
Dah mengundi hari ini?
Laman Utama

Karnival Jiwa SME 2023 Bantu Usahawan & Peniaga Kecil, Nah! Empat Program Menarik Untuk Anda Sabtu & Ahad Ini

gempak
13/01/2023
11:51 MYT
Jangan lupa datang tau guys.
Laman Utama

[VIDEO] Muncul Dalam Live Awani di Istana Negara, Netizen Undi Fikry Ibrahim Jadi PM10 - “Dari Lawak Solo Ke Pelakon Sekarang Bakal…”

gempak
23/11/2022
09:57 MYT
Sempat Fikry masuk live Awani...
Laman Utama

Tahniah! Astro Awani Rangkul Anugerah Antarabangsa, Berjaya Ungguli Empat Kategori DMA 2022

gempak
05/11/2022
03:53 MYT
Tahniah Astro AWANI
BorakSeeni