,
Laman Utama

Kuasai PUBG Mobile, 4Rivals Dah Bersedia Nak Chicken Dinners!

Hanafis Haris
14/03/2022
01:59 MYT
Peminat e-sukan khususnya permainan PUBG Mobile pasti akan lebih teruja apabila Yoodo 100 peratus perkhidmatan mudah alih digital pertama yang boleh diubahsuai di Malaysia telah memperkenalkan pasukan baharu PUBG Mobile, Yoodo Alliance-4Rivals.
Perkara itu diumumkan secara eksklusif menerusi satu sesi sidang media baru-baru ini.

Menurut Ketua Yoodo Chow Tuck Mun, kerjasama sedia ada Yoodo dengan organisasi antarabangsa e-sukan yang berpangkalan di Sweden, Alliance, meletakkan asas ke arah perkongsian baharu ini.

“Sebagai sebuah syarikat telekomuniasi yang berdedikasi memperjuangkan bakat e-sukan Malaysia dari akar umbi, kami benar-benar teruja untuk menyokong pemain generasi akan datang e-sukan dengan rakan kongsi dengan menubuhkan Alliance dan 4Rivals.

“Kami yakin kerjasama ini akan meningkatkan e-sukan tempatan ke tahap yang lebih tinggi, dan mengukuhkan lagi kedudukan Yoodo sebagai syarikat telekomunikasi pilihan untuk pemain.”

Sementara itu menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Jonathan Berg Alliance dan Yoodo berkongsi banyak perkara yang sama dan satu daripadanya adalah komited untuk melahirkan ramai juara dan memupuk bakat.

“Kerjasama kami dengan 4Rivals pastinya akan mencerminkan pada skala global, dan kami yakin senarai baharu ini mempunyai apa yang diperlukan untuk berjaya baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa,” katanya.

Mengulas mengenai pengumuman tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif 4Rivals Mohd Hafizuddin Yusoff akui sangat teruja dengan peluang untuk bekerjasama dengan organisasi seperti Alliance dan Yoodo.

“Kami berharap dengan sokongan mereka, 4Rivals dapat mencapai tahap yang lebih tinggi dan mengharungi cabaran PUBG Mobile di Malaysia dengan jayanya,” katanya,

Berikut merupakan senarai ahli pasukan Yoodo Alliance-4Rivals:

o Appy – Muhammad Haziq Hanafi bin Mad Zain, 22 (In Game Leader)

o Eypul – Mohamad Saiful Annuar Bin Shahrom, 25 (Support)

o Rith – Harith Aimar bin Stanley Michael, 18 (Fragger)

o Pemburu – Sahrul Daulay Bin Jailani, 25 (Support)

o Vokey – Muhammad Imran b Rosli, 22 (Fragger)

Sekadar info, menjelang kemunculan sulung mereka di Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) baru-baru ini sebagai salah satu daripada dua pasukan yang mewakili Malaysia, Yoodo Alliance-4Rivals menetapkan level untuk tahap persaingan dan prestasi baharu dalam kancah e-sukan tempatan.

Sejak penampilan sulung mereka pada Ogos 2021, 4Rivals berjaya meningkat naik hanya dalam masa yang singkat.

Baru-baru ini, pasukan yang berpangkalan di Selangor ini berjaya merangkul tempat ketiga dalam Liga Pro PUBG Mobile – Kejuaran SEA Musim 4: Liga, serta Liga Pro PUBG Mobile – MYSG Musim 4: Akhir.

Dengan kehebatan dan kemahiran permainan mereka, Yoodo Alliance-4Rivals pasti akan menjadi pasukan yang mempunyai kelebihan berbanding pesaing mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Yoodo di www.yoodo.com atau platform khusus Yoodo untuk semua yang berkaitan e-sukan dan permainan di www.facebook.com/yoodoesports.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Wah Ada Suara Inspektor Sani & Khai! PUBG Mobile Lancar Pek Khas Untuk Polis Evo 3

gempak
12/06/2023
04:29 MYT
PUBG Mobile Lancarkan Pek Khas Untuk Polis EVO 3
Laman Utama

Hello Pemain Amatur PUBGM! Why Not Cuba Sertai Telur Mata Cup & Menang RM50,000!

gempak
20/11/2022
09:45 MYT
Try la guys mana tahu rezeki kan.
Laman Utama

“Lirik Lagu Sapu Rata Guna Bahasa Street, Bukan Bahasa Rempit” - MK

gempak
15/11/2021
07:50 MYT
MK menjelaskan, lirik lagu Sapu Rata guna bahasa street, bukan rempit
Laman Utama

Kecoh Tentang ‘Unknown Cash’ Dianggap Judi Dalam PUBG, Ini Penjelasan Sebenar Gamers Perlu Tahu!

gempak
14/10/2021
23:01 MYT
Alamak!
Sukan

Tawar RM1 Juta Untuk Pertandingan E-Sport

gempak
12/10/2020
14:37 MYT
Wow banyak tu...
Unitar