Gaya Hidup
Kudapan dan Snek Wajib Kaki Bola Ketika Menyaksikan Game Di Stadium!
Selain menonton perlawanan bola sepak, makanan atau kudapan juga merupakan perkara utama bagi kaki bola.
Tidak hairanlah jika setiap kali berlangsung perlawanan bola sepak di stadium, ramai yang akan mengambil kesempatan untuk berniaga kerana kaki bola akan ‘memburu’ makanan yang dijual di dalam dan di luar stadium.
Kebiasaannya makanan yang ringkas tetapi mengenyangkan akan menjadi pilihan mereka, dan selalunya mereka akan memilih kudap-kudapan dari awal sehingga akhir perlawanan.
Bercakap pasal bola sepak dan kaki bola, jangan lupa menonton filem Ola Bola arahan Chiu Keng Guan yang sudah pun mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 28 Januari lalu.
Filem yang mengisahkan mengenai kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980 ini dibintangi barisan pelakon seperti JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae serta Frankie Lee.
Apapun, jom kita tengok senarai kudapan dan ‘snek’ wajib dinikmati kaki bola ketika menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium:
•Kacang: Tidak kiralah sama ada kacang rebus , kacang kuda atau kacang tanah, kudap-kudapan ini sememangnya menjadi kegilaan kaki-kaki bola ketika menonton perlawanan di stadium.
•Kuaci: Kudap-kudapan ini juga sangat popular di kalangan kaki-kaki bola. Kuaci juga sangat berhantu. Sekali makan, tidak boleh nak berhenti.
•Jagung Rebus: Ada juga kaki bola yang suka menikmati jagung rebus. Sama ada isi jagung yang disediakan di dalam cawan mahu pun setongkol jagung.
•Naget: Boleh dikatakan sebagai snek ‘universal’ kerana semua golongan gemarkan makanan ini, tidak kiralah kanak-kanak atau orang dewasa. Walaupun rasanya tidak sehebat naget di restoran makanan segera, namun ia tetap menyelerakan kaki bola!
•Sosej: Seperti naget, sosej juga makanan ringkas yang digemari ramai. Sedap dimakan bersama sos cilia tau dimakan begitu sahaja.
•Keropok Lekor: Makanan tradisional dari Terengganu ini bukan sahaja semakin komersil di dalam negara tetapi juga di luar negara. Sama ada keropok lekor yang digoreng nipis atau isinya yang padat, ia memang jadi makanan tumpuan kaki bola.
•Hot Dog: Biarpun hot dog di Malaysia tidak fancy seperti hot dog di Amerika Syarikat, tapi ia tetap jadi buruan kaki bola.
•Burger: Ini memang makanan wajib hampir semua kaki bola di stadium. Walaupun rasanya ‘biasa-biasa’ sahaja namun, ketika menonton bola rasanya menjadi sedap seperti burger di restoran!
Must-Watch Video