Pelawak dan pelakon Achey berkongsi berita gembira apabila impiannya untuk memiliki sebuah kediaman yang lebih selesa untuk keluarganya tercapai.

Menurut Achey, dia bersukur apabila doanya selama ini untuk memiliki sebuah rumah tercapai walaupun mengambil masa 10 tahun.

“Syukur... Saya percaya doa orang-orang sekeliling dan kalian juga membantu kekuatan kami untuk menyimpan dan merealisasikan #10tahunimpian untuk memiliki rumah sendiri.

“Walaupun masih hutang bank tetapi itu juga menolak kami untuk tidak selesa dengan keadaan sekarang. Terus usaha dan terus percaya tanamkan target serta jayakan target itu walaupun bertahun lamanya.

“Bisnes juga membantu sangat-sangat kuat. Ya banyak bisnes kami usahakan tidak berjaya sehinggalah kami jumpa bisnes yang tepat dan dapat membantu kami dan keluarga. Tapi kami yakin pengalaman gagal itu adalah guru terbaik untuk semua insan.

“Dugaan? Ya penat dengan dugaan, kuncinya syukur dengan dugaan itu kerana Allah berikan pada kami bersebab,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

Assalamualaikum .. Bismillah .. Allah maha besar .. Syukur... saya percaya doa orang2 sekeliling dan kalian juga membantu kekuatan kami untuk menyimpan dan merealisasikan #10tahunimpian untuk memiliki rumah sendiri... .. Walaupun masih hutang bank tetapi itu juga menolak kami untuk tidak selesa dengan keadaan sekarang.. terus usaha dan terus percaya tanamkan target serta jayakan target itu walaupun bertahun lamanya.. .. Bisnes juga membantu sgt2 kuat.. yea banyak bisnes kami usahakan tidak berjaya..sehingga lah kami jumpa bisnes yang tepat dan dapat membantu kami dan keluarga..tapi kami yakin pengalaman gagal itu adalah guru terbaik untuk semua insan.. .. Dugaan?..yea penat dengan dugaan..kuncinya syukur dengan dugaan itu kerana Allah berikan pada kami bersebab.. .. Takleh taip panjang2... next gambar kita cerita lagi k.. .. Terima kasih kepada insan2 dibawah yang membantu kami sepanjang proses rumah #10tahunimpian .. @irfanfazail7 #kakyuya @black.hanifah @cirakhairy @norazmihasan @mxn.idea #khairulcontractor #keluargasertajiran2

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on


Sementara itu di ruangan komen, rakan-rakan selebriti juga mengucapkan tahniah kepada Achey dan keluarganya.

“Congrats Achey. Best betul kalau dapat sediakan yang terbaik untuk keluarga. Moga kita sama-sama Allah panjangkan rezeki untuk keluarga. Amin,” doa @saharulridzwan

“Tahniah Achey, teringat pula waktu kau call aku kenalkan diri. Tapi sekarang kau dah megah berdiri. Alhamdulillah moga terus maju,” coret @ajakshiro.

“SubhanaAllah. Alhamdulillah. Semoga terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin,” tulis @faizal_tahir.

Terdahulu, Achey dan isteri Nor Hasanah Yahaya berkahwin sejak sembilan tahun lalu dan mengambil anak angkat, Nur Tiara Zinnirah pada 2018.