Selepas lama menyepi daripada dunia media sosial, usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau Sajat akhirnya muncul kembali menerusi beberapa posting di Instagramnya.

Walaubagaimanapun, posting berkenaan dilihat telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila Sajat secara sengaja tampil dengan imej seksi.

Malah, Sajat dengan ligatnya mendedahkan bahagian badannya sambil membuat tarian gelek.

Rata-rata mereka menganggap posting berkenaan tidak sesuai terutama ketika umat Islam meyambut bulan Ramadan.

“Sesungguhnya aku sedang berpuasa”

“Pakailah elok sikit, dah masuk Ramadan ni, hormatlah sikit”

“Kurang ajar dia ni, umum puasa je terus buat video macam ni” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, Sajat mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila memuat naik video mahu keluar daripada Islam selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah terhadapnya berhubung kes dikendalikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee @ Shaii.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.