Viral

Kutuk Laksa Sarawak Berbau, Wanita Teruk Dihencap Netizen - “Dah Tua-Tua Buruk Perangai”

gempak
Firdaus
16/05/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Kutuk Laksa Sarawak Berbau, Wanita Teruk Dihencap Netizen - “Dah Tua-Tua Buruk Perangai”
Seorang wanita dikritik netizen apabila dirinya mengeluarkan kenyataan berbaur sensitif tentang satu hidangan yang berasal dari negeri Sarawak.

"Tak tertelan tolak macam tu je RM15...

Menerusi hantaran wanita itu, dirinya memberi komen negatif tentang laksa Sarawak di mana dia menyifatkan makanan tersebut sebagai berbau dan tidak menyelerakan.
“Maaf orang Sarawak, kita bukan nak mengutuk, nak tanya je, memang Laksa Sarawak bau macam jamu eh?
“Sebiji macam jamu maajun tu weh! Tak tertelan tolak macam tu je RM15,” tulisnya.

Kenyataan Dibidas Netizen

Kenyataan itu mencetuskan kemarahan ramai warganet di mana rata-ratanya menzahirkan rasa kurang senang dengan kata-kata wanita berkenaan.
“Dah tua-tua buruk perangai, tak ada adab depan makanan. Lepas tu kurang cerdik, post pula dekat media sosial,”
“Kenapa perlu post pasal perkara ni, benda tu rezeki kut,”
“Mak cik zaman sekarang, orang muda buat salah bukan main menggelabah kata generasi sekarang dah rosak. Padahal kau pun lebih kurang bebal.”
Sementara itu, ada juga mengakui bahawa hidangan itu memang mempunyai aroma tersendiri.
“Laksa ni ikut citarasa masing-masing sebenarnya. Sesetengah orang mungkin tak boleh tahan dengan bau herbanya,”
“Jujurnya memang ada orang yang tak boleh makan Laksa Sarawak sebab dia ada rasa rempah dia sendiri, macam jamu tu,”
“Laksa Sarawak memang rasa berempah macam tu. Tak tipu memang ala-ala jamu maajun, tapi laksa tu masih lagi makanan kegemaran saya.”

BERITA TRENDING: Selalu Lihat Ibu Buat Seks, Kanak-Kanak 5 Tahun Nodai Adik Kembar

Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih lebih 100,000 tontonan dan hampir 800 perkongsian semula di Platform X.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live