Berita

“Lagi Besar Belanja Bila Anak-Anak Duduk Rumah...”- Anak Tidak Lagi Sekolah Berasrama, Abby Abadi Akui Perbelanjaan Bertambah

gempak
Syafiqah Jalal
12/02/2020
10:51 MYT
Sponsor Banner
“Lagi Besar Belanja Bila Anak-Anak Duduk Rumah...”- Anak Tidak Lagi Sekolah Berasrama, Abby Abadi Akui Perbelanjaan Bertambah
Pelakon Abby Abadi akui perbelanjaan anak-anak yang tinggal di rumah besar berbanding ketika mereka dihantar ke asrama.
Menurut Abby, anak-anaknya kini tidak lagi sekolah berasrama dan semuanya ditanggung sepenuhnya.
“Alhamdullillah, enam anak di bawah jagaan Mama dan Abah sekarang..
“Berbanding duduk asrama, lagi besar belanja bila mereka tinggal di rumah sebab makan banyak betul dan duit belanja sekolah lagi hihi,” kongsinya.
Abby berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Namun menurut Abby, dia tetap bersyukur kerana dia dan suami masih boleh bekerja dan menyara keluarga.
“Tapi tak mengapa, Allah bagi kemudahan Mama dan Abah kerja sendiri untuk sara dan besarkan anak-anak ini...
“Syukur, semoga berkat apa yang Mama dan Abah usahakan serta semoga Allah reda,” luahnya lagi.
Terdahulu, Abby pernah berkahwin dengan Norman pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan, Norman dan Abby dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Kini Abby berkahwin dengan Faizal dan telah dikurniakan seorang anak yang baru sahaja meninggal dunia pada penghujung tahun lalu.
Namun mereka turut mengambil dua orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live